awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Madani 2025: 'Ada perubahan positif, tetapi masih ada ruang perlu diperbaiki' - PM Anwar

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/07/2024
09:25 MYT
Belanjawan Madani 2025: 'Ada perubahan positif, tetapi masih ada ruang perlu diperbaiki' - PM Anwar
Anwar berkata Belanjawan Madani 2025, yang bakal dibentangkan pada Oktober ini, harus kekal memberi tumpuan kepada penanda aras yang ingin dicapai dalam Ekonomi Madani. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PUTRAJAYA: Beberapa indikator ekonomi telah menunjukkan dasar kerajaan yang diumumkan sebelum ini, yang diperkasakan melalui Belanjawan Madani 2024, telah berjaya menghasilkan perubahan positif kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Antara indikator tersebut, jelas beliau lagi, penarafan kredit yang baik daripada S&P (A-) dan Fitch (BBB+), catatan suku pertama keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2024 pada kadar 4.2 peratus, pemulihan kadar eksport barangan, indeks FBM KLCI yang melepasi 1,600 mata, serta pencapaian pelaburan langsung asing (FDI) 2023 yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Namun, Perdana Menteri menegaskan, masih ada ruang yang perlu diperbaiki, dan Belanjawan Madani ketiga 2025, yang bakal dibentangkan pada Oktober ini, harus kekal memberi tumpuan kepada penanda aras yang ingin dicapai dalam Ekonomi Madani.
“Pertama, bagaimana nak merancakkan lagi usaha untuk meningkatkan siling, iaitu menstruktur semula ekonomi supaya dapat tahap pencapaian ekonomi. Ekonomi utama Asia. Tadi pagi di Parlimen saya umum selain daripada terus dengan capex, dan FTA dan EU FTA...
“... kita juga umum untuk melihat kemungkinan bersama BRICS untuk kekuatan Global South, timbang bersama OECD. Jadi kita ada BRICS, ada APEC, semua kerjasama dengan Eropah dan Amerika sedia ada.
“Kena masuk dalam BRICS, kerana ini kekuatan Global South baharu merangkumi 26 peratus (GDP) dunia, dan kita juga akan bersama Thailand dan Indonesia untuk lihat bersama (kemungkinan menyertai) OECD. Ini untuk buka ruang sebaik mungkin bagi usaha pedagang pelabur dari dalam dan luar,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama di Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 - Ekonomi Madani - Negara Makmur, Rakyat Sejahtera, di Putrajaya pada Selasa.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata Belanjawan Madani 2025 akan terus memberi tumpuan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), termasuk industri sedia ada seperti sawit, dan juga lonjakan terhadap industri digital dan automasi, bidang pertumbuhan tinggi peralihan tenaga, dan kecerdasan buatan (AI).
Selain itu Perdana Menteri berharap agar peserta majlis libat urus tersebut, yang terdiri daripada agensi, pertubuhan dan dewan perniagaan, serta pertubuhan bukan kerajaan, dapat memberikan pandangan tentang bagaimana kerajaan dapat meningkatkan keupayaan negara.
Selain itu beliau turut meminta pandangan tentang cabaran untuk menoktahkan kemiskinan tegar, termasuk kemiskinan relatif, serta memikirkan cara untuk menangani isu kartel yang menyebabkan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.
“Masalah yang harus menimbulkan kebimbangan, keresahan kita juga tentang keprihatinan, kebimbangan tentang kenaikan kos sara hidup yang tidak boleh diketepikan.
“Secara relatif, bahan penting di Malaysia, bahan asas lebih murah seperti minyak, gula, tepung itu di Malaysia... sama ada minyak petrol, diesel atau minyak masak itu ketimbang lebih jauh lebih murah.
“Tetapi itu tidak boleh menolak kenyataan bahawa kos sara hidup masih menekan sebahagian besar rakyat,” katanya lagi.
Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau turut mengharapkan pandangan tentang cara untuk melenyapkan kartel atau monopoli, atau mengelak ketirisan supaya pulangan itu akan balik kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Belanjawan Madani
#Anwar Ibrahim
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan