MALAYSIA
Belanjawan MADANI bukan sekadar angka, tetapi hala tuju untuk terus bantu rakyat - PM Anwar
Belanjawan Kerajaan MADANI Keempat itu akan menumpukan usaha untuk membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Belanjawan MADANI Keempat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bukan sekadar angka dan perbelanjaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sebaliknya ia merupakan hala tuju untuk memastikan kerajaan terus membantu rakyat tanpa menambah beban hutang negara.
"Saksikan pembentangan Belanjawan MADANI 2026 secara langsung di semua saluran televisyen dan platform digital utama," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada 4 petang ini.
Ia merupakan belanjawan keempat yang dibentang oleh Kerajaan MADANI pimpinan beliau, dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Anwar, ketika memberikan taklimat berkaitan Belanjawan 2026 kepada editor media di Putrajaya pada Rabu, berkata Belanjawan Kerajaan MADANI Keempat itu akan menumpukan usaha untuk membela rakyat, memperkukuh ekonomi serta memperteguh asas negara yang mampan dan inklusif.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat di laman sesawang Parlimen, Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 akan dibahaskan di Peringkat Dasar selama lapan hari oleh Ahli-Ahli Parlimen selepas dibentang hari ini.
Seterusnya, sesi penggulungan oleh kementerian akan berlangsung dari 29 Okt hingga 4 Nov diikuti perbahasan di Peringkat Jawatankuasa dari 5 hingga 27 Nov untuk kelulusan Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini