awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Negeri Perak 2022 beri fokus kepada sektor pelancongan

Bernama
Bernama
16/10/2021
21:08 MYT
Belanjawan Negeri Perak 2022 beri fokus kepada sektor pelancongan
Saarani (kanan) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Yang Dipertua PVATM Lt Kol (Bersara) Aminuddin Ab Karim pada Perasmian Persidangan Perwakilan PVATM kali ke-33, di Ipoh, 16 Okt, 2021. -- fotoBERNAMA
IPOH: Belanjawan Negeri Perak 2022 akan memberi fokus kepada pemain sektor pelancongan untuk membantu mereka yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata perincian lebih lanjut mengenai belanjawan berkenaan akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Disember ini.
"Secara dasarnya, perincian belanjawan sudah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri minggu lepas.
"Namun, perubahan belanjawan negeri tertakluk kepada Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen pada penghujung bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Negeri Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) di sini semalam.
Saarani berkata pihaknya turut memberi perhatian kepada beberapa sektor lain seperti pembangunan fizikal negeri dan memberikan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang turut terjejas akibat COVID-19.
''Contohnya, jika kita tidak memberi fokus kepada peruntukan pembangunan fizikal ia memberi kesan kepada kontraktor, pembekal pasir, kilang simen, perkasasan seterusnya dapat membantu ekonomi kontraktor dan pembekal bahan binaan,'' katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan Negeri Perak
#sektor pelancongan
#COVID-19
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan