Belanjawan Selangor 2020 membentangkan lima strategi utama selari dengan tema Selangor Negeri Unggul, Kehidupan Bermartabat.
Menteri Besar, Amirudin Shari menjelaskan, ia sekali gus menekankan penjanaan pertumbuhan dan pemberdayaan ekonomi negeri dan merencana agenda pendidikan unggul.
Selain itu, ia turut mewujudkan Selangor yang selamat, sihat dan sejahtera, menjamin kelestarian alam sekitar serta menjuarai kemampanan sosial.
“Kelima-lima strategi ini adalah suatu saranan Wasail wa Mukamillat sebagaimana yang diungkapkan filsafat perundangan Maqasid al Shariah, yakni pendekatan ke arah kesempurnaan pelaksanaan matlamat utama belanjawan yang telah digariskan,” katanya semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2020 di sini, pada Jumaat.
Menurut beliau, anggaran perbelanjaan tahun 2020 berjumlah RM2.33 bilion bagi Belanjawan Selangor 2020 turut dicadangkan.
“Daripada jumlah tersebut, RM1.2 bilion atau 51.44 peratus diperuntukkan bagi belanja mengurus dan RM1.133 bilion atau 48.56 peratus untuk belanja pembangunan.
“Belanjawan 2020 dijangka mengalami defisit berjumlah RM133 juta berpunca daripada peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan.
“Jumlah defisit ini menyaksikan penurunan berbanding jumlah defisit tahun 2019 yang iaitu RM360 juta,” katanya.
Tambah beliau, pengalaman belanjawan yang lalu membuktikan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dan berintegriti dan menutup ruang pembaziran serta ketirisan telah berjaya mengurangkan belanjawan defisit kepada satu jumlah yang munasabah.
Wan Syamsul Amly
Fri Nov 01 2019

Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2020 pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

AWANI Ringkas: Ahmad Zahid Hamidi terus didesak berundur | Kadar pinjaman tidak berbayar dijangka meningkat

Felda beli 9.97 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka
FGV berkata saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.

Hasan Ali positif COVID-19
Hasan Ali berkata beliau sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo
Saya menafikannya kerana ia tidak benar, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Manabu Sakai.

COVID-19 | Sarawak catat kebolehjankitan COVID-19 tertinggi
Sarawak merekodkan 203 kes positif COVID-19 pada Khamis dengan daerah Sibu merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 120 kes. Ia merupakan angka jangkitan yang tertinggi pernah dicatat di negeri itu sejak kes pertama dikesan pada 13 Mac 2020. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Sarawak melonjak kepada 2,570 kes. Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM

PSB bukan tandingan GPS - Masing
Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanyalah sebuah parti baharu yang dibarisi pemimpin lama yang kecewa.

Malaysia harap perdagangan dengan AS lebih teratur di bawah Biden
Amerika Syarikat adalah syarikat perdagangan rakan niaga yang besar untuk Malaysia.

Helikopter 911 terhempas di Afrika Selatan ragut 5 nyawa
Lima nyawa terkorban dalam nahas helikopter Netcare 911 terhempas di Bergville, wilayah Kwazulu-Natal (KZN) Afrika Selatan pada Khamis.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

Koeman hilang sabar Barcelona kerap gagal sepak penalti
Pasukan Catalanyu itu memerlukan masa tambahan untuk mengatasi kelab Segunda B itu menerusi jaringan Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite.

Pembelian vaksin COVID-19 turut ambil kira keperluan pekerja asing - MB Selangor
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri Selangor untuk penduduk negeri itu akan turut mengambil kira keperluan pekerja asing, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin sumbang sebulan gaji, aktifkan semula tabung khas bencana COVID-19
Datuk Seri Amirudin Shari menyumbang gaji sebulan kepada Tabung Bantuan Menangani Bencana COVID-19.

Selangor umum pakej khas bantu rakyat hadapi PKP 2.0
Dinamakan Pakej Kita Selangor, ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Penularan COVID-19 di hospital: Selangor saring semua petugas di HTAR Klang
Jabatan Kesihatan Negeri sedang meneliti mekanisme terbaik untuk tujuan itu.

Bekalan air Lembah Klang pulih, semua loji rawatan kembali beroperasi
Bacaan 0 TON dicapai sebanyak tiga kali setakat awal pagi tadi.

Selangor umum tiga inisiatif bendung COVID-19
Kos saringan akan ditanggung oleh pihak syarikat manakala kos penempatan dalam program isolasi pekerja dari 26 Nov hingga 9 Dis depan akan ditanggung separuh oleh kerajaan negeri.

Selangor jalankan saringan komuniti di Meru Rabu ini
Saringan akan dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berhampiran dengan asrama pekerja syarikat Top Glove.

Selangor peruntuk RM22.47 juta Bantuan Infrastruktur Sekolah
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu diagihkan sejak 2 Nov lalu dan dijangka selesai pada 15 Dis ini.

LRA Rantau Panjang, SSP 1, 2 dan 3 beroperasi semula - Amirudin
Bekalan air dijangka mula diterima oleh pengguna pada jam 3 petang ini secara berperingkat.

Belanjawan Selangor 2021: COVID-19 batu loncatan kepada inisiatif digitalisasi
Pandemik COVID-19 disifatkan sebagai batu loncatan dalam usaha menggalakkan inisiatif digitalisasi terutamanya dalam urusan perniagaan.