awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belasah bapa tiri enggan beri wang beli dadah, lelaki 30 tahun ditahan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
15/02/2022
14:24 MYT
Belasah bapa tiri enggan beri wang beli dadah, lelaki 30 tahun ditahan
Suspek dipercayai mengamuk selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah dan menendang bapa tirinya sebanyak dua kali pada bahagian dada serta muka. - Gambar/ Media sosial
YAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan polis selepas memukul bapa tirinya berusia 71 tahun yang enggan memberikannya wang untuk membeli bekalan dadah di Kampung Ruat, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pihaknya terdahulu menerima laporan daripada mangsa sekitar jam 10.45 pagi tadi.
Berdasarkan laporan, suspek dipercayai mengamuk selepas tidak diberikan wang untuk membeli dadah dan menendang bapa tirinya sebanyak dua kali pada bahagian dada serta muka.
"Suspek juga difahamkan telah menumbuk bahagian belakang kepala sebelah kiri menyebabkan telinga kiri mangsa mengalami kesakitan di rumahnya.
"Mangsa kemudiannya telah keluar dari rumah berkenaan dan duduk di luar rumah bersama isterinya.
"Bagaimanapun, suspek sekali bertindak kasar dengan menendang bahagian belakang badan mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Katanya, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Yan dan disahkan mengalami bengkak di bahagian telinga kiri akibat ditumbuk oleh suspek.
Katanya, hasil siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang pesakit mental serta memiliki kad orang kurang upaya (OKU) dan ia disahkan oleh ibunya.
Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek sekitar jam 6.45 petang di kawasan Lubok Boi, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK)/18A Akta Keganasan Rumahtangga 2012.
Topic Berkaitan
#penagih dadah
#belasah bapa
#Yan
#pesakit mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan