awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belasah pasangan suami isteri, polis tahan dua lelaki

Bernama
Bernama
06/06/2019
22:58 MYT
Belasah pasangan suami isteri, polis tahan dua lelaki
Kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Polis telah menahan dua lelaki yang merupakan suspek utama dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah premis kedai di Api-Api Centre, yang tular di media sosial sejak Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Abd Rakman berkata suspek berusia 67 dan 37 tahun itu ditahan pada Selasa lepas iaitu dua hari selepas kejadian pergaduhan berkenaan.
"Dua suspek berkenaan akan dituduh di mahkamah esok dan polis masih memburu beberapa individu yang turut terlibat dalam kejadian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Dalam satu rakaman CCTV yang tular di media sosial pada Rabu menunjukkan sepasang suami isteri telah dipukul oleh beberapa lelaki di hadapan sebuah kedai di Api-Api Centre.
George berkata kes berkenaan berlaku kira-kira pukul 1 pagi, 2 Jun lepas dan siasatan mendapati mangsa adalah warganegara Pakistan dan telah dipukul oleh sekumpulan individu disebabkan isu pembayaran sewa apartmen.
"Sebelum kejadian itu mangsa yang juga penyewa apartmen berkenaan telah didatangi oleh seorang wanita dan lelaki yang juga pemilik rumah berkenaan.
"Namun hasil perbincangan mangsa dan pemilik rumah berkenaan tidak berjalan lancar dan terjadi pergaduhan mulut, sebelum terjadi pergaduhan yang turut melibatkan bapa dan abang pemilik rumah berkenaan," katanya.
Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#media sosial
#PDRM
#polis
#suspekbelasah suami isteri
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan