Beli kereta PROTON guna Bitcoin?

Hakim Rahman
Januari 7, 2018 05:40 MYT
PROTON tidak mengiktiraf menggunaan matawang kripto dalam urusan jual beli produknya. Foto Astro AWANI
PROTON menafikan mereka mengiktiraf transaksi matawang kripto untuk pembelian kereta Proton di salah sebuah pusat jualannya.
Syarikat itu dalam kenyataannya memaklumkan tawaran sedemikian dimulakan tanpa kebenaran oleh salah satu pusat jualan dan telah digantung sementara operasinya bagi memberi ruang untuk siasatan lanjut dilakukan
BACA: Jangan harap Bitcoin akan 'lesap' - Ketua Ekonomi Bank Deutsche AG
BACA: Nilai Bitcoin jatuh 25 peratus dalam 24 jam
BACA: Indonesia haramkan penggunaan Bitcoin
“PROTON mengalu-alukan kaedah inovatif untuk jualan kereta Proton untuk mengekalkan minat pelanggan kepada kereta kami,
“Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan rangkaian jualan agar berhati-hati serta memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam menjalankan aktiviti promosi yang tidak mendapat pengesahan syarikat,” kata syarikat itu dalam kenyataan.
Tular di media sosial beberapa hari lalu gambar sebuah pusat jualan Proton di Seri Kembangan, Selangor yang dilaporkan menerima matawang kripto (Bitcoin dan Ethereum) sebagai transaksi urus niaga.
#Bitcoin #jualan kereta #kryto #Proton #pusat jualan