awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia diseru sertai TVET Pertanian bawah KPKM, tawar pengajian percuma

Bernama
Bernama
24/05/2025
03:45 MYT
Belia diseru sertai TVET Pertanian bawah KPKM, tawar pengajian percuma
Program TVET Pertanian bakal membuka pembuka peluang kerjaya luas sekali gus menjadikan belia negara sebagai tunjang penting kepada keterjaminan makanan negara. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Belia negara diseru menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menawarkan pengajian percuma dalam bidang pertanian moden selaras kehendak semasa industri.

Ringkasan AI
  • Program TVET Pertanian KPKM tawar pengajian percuma kepada belia berumur 1825 tahun dalam bidang pertanian moden, termasuk elaun bulanan, makan, minum, penginapan dan peralatan yang ditaja sepenuhnya.
  • 16 pusat latihan bertauliah disediakan di seluruh negara, menawarkan latihan dalam bidang seperti tanaman, ternakan, padi dan akuakultur, dengan kurikulum yang sentiasa dikemas kini mengikut keperluan industri.
  • Kebolehpasaran graduan TVET Pertanian meningkat kepada 78.1% pada 2023**, dan KPKM menyasarkan lebih 80% untuk masa depan, menjadikan belia sebagai tunjang keterjaminan makanan negara.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan KPKM Hizatul Haliza Hashim berkata program TVET Pertanian bakal membuka pembuka peluang kerjaya luas sekali gus menjadikan belia negara sebagai tunjang penting kepada keterjaminan makanan negara.
Beliau berkata sebanyak 16 pusat bertauliah di bawah KPKM menyediakan program TVET Pertanian secara percuma, antaranya Koleh Pertanian Malaysia, Kedah, Institut Latihan Mekanisasi dan Automasi Peladang (ILMAP), Kelantan dan Institut Veterinar Malaysia, Johor.
"Yuran pengajian di 16 institut latihan pertanian ini ditaja sepenuhnya. Kita juga menyediakan elaun bulanan sebanyak RM200 untuk pengajian peringkat sijil kemahiran. Makan, minum dan penginapan disediakan, manakala peralatan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
"Saya menyeru semua belia, anak muda untuk menyertai kami TVET Pertanian di bawah KPKM memandangkan anda adalah pelapis untuk memastikan keterjaminan makanan negara," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Hizatul Haliza berkata TVET Pertanian adalah terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 18 hingga 25 tahun untuk mengikuti program latihan dalam bidang kemahiran, antaranya tanaman, ternakan ruminan, pengeluaran padi serta akuakultur air tawar.
Bagi memastikan setiap program ditawarkan kekal relevan, beliau menegaskan KPKM sentiasa menyemak dan menambah baik kurikulum yang diguna pakai bagi memenuhi keperluan dan kehendak industri.
"Kita engage dengan industri untuk mendapatkan maklum balas daripada industri. Apakah yang diperlukan dalam sektor pekerjaan sekarang.
"Kurikulum juga dikemas kini setiap lima tahun ataupun jika ada keperluan sebab sekarang zaman teknologi, jadi kita memang akan semak bila ada keperluan," katanya sambil menambah KPKM turut medapatkan kerjasama pakar daripada universiti.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dilapor berkata kebolehpasaran graduan TVET Pertanian di institut serta pusat latihan di bawah KPKM mencatatkan peningkatan kepada 78.1 peratus pada 2023 berbanding 72.3 peratus pada 2022.
KPKM berharap kadar itu terus meningkat dan melepasi sasaran ditetapkan, iaitu melebihi 80 peratus.
Konvokesyen Pertanian ke-13 KPKM pada Khamis lepas menyaksikan seramai 448 graduan menerima sijil dan diploma antaranya Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Pertanian, Sijil Veterinar Malaysia dan Sijil Perikanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKM
#TVET
#pertanian
#Belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami