KUALA LUMPUR: Golongan belia menerusi Undi18 dijangka akan menjadi pemangkin kepada reset atau permulaan semula dalam sistem politik negara pada tahun baharu ini.
Pengarah Komunikasi Institut Penyelidikan untuk Kemajuan Sosial (REFSA), Raja Ahmad Iskandar Fareez berpendapat, biarpun sukar menjangkakan isu yang akan diperjuangkan golongan anak muda, namun situasi semasa dilihat menaikkan kredibilti mereka di mata masyarakat.
"Tahun 2022 ini, kita akan saksikan pertembungan dua kelompok. Kelompok pertama ialah mereka yang mahukan status quo, di mana keputusan dan proses politik menjadi eksklusif kepada golongan elit yang sekali gus menjarakkan rakyat daripada proses pentadbiran.
"Kelompok kedua adalah mereka yang mahu lebih demokrasi, mahu merancakkan sistem demokrasi dengan melibatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.
"Jika kita lihat, pembabitan anak muda dalam sukarelawan dan sebagai pembuat dasar dapat menambahkan keyakinan terhadap mereka, selain membantu memperkasa anak muda dalam menjana idea baharu bagi mencari penyelesaian isu masyarakat," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam program Fokus Minggu Depan di Astro AWANI, pada Sabtu.
Ujarnya, situasi ini akan memperlihatkan persaingan dalam kalangan pemain politik untuk cuba memancing perhatian dan sokongan anak muda yang mampu memberi perbezaan terhadap skala kepercayaan orang ramai.
"Kita akan nampak blok politik cuba mendekati mereka, cuba pikat mereka dan lebih penting pujuk mereka ke peti undi. Siapa yang dapat meyakinkan mereka, dialah yang akan dapat kelebihan," katanya lagi.
Beliau juga berpandangan disruption seumpama ini perlu dalam politik bagi menjamin kekukuhan institusi demokrasi.
"Distruption (dalam politik) ini proses berterusan. Jika anak muda yang progresif tidak memperjuangkan isu-isu tertentu, maka golongan yang nak jadikan politik hak eksklusif mungkin akan membalikkan arus perubahan ini.
"Dapat dilihat di negara luar yang sudah capai satu tahap pendemokrasian, tetapi kini merudum demokrasinya kerana ada backlash dari golongan konservatif dan mahu kuasa tertumpu di tangan elit.
"Kita kena fahamkan rakyat yang reset ini proses, ia bersifat fluid dan perlu diperjuangkan dari semasa ke semasa," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sat Jan 01 2022

Belia akan menjadi pemangkin kepada reset atau permulaan semula dalam sistem politik negara pada tahun baharu ini. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Ahli parlimen Pulai dimasukkan ke ICU
Keadaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Johor selepas paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman adalah stabil.
Legasi Fadzil Noor Yang Semakin Terpinggir Dalam PAS – Faiz Fadzil
Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil mendakwa legasi perjuangan Almarhum Dato’ Fadzil Noor berhubung agenda Perpaduan Nasional tidak lagi menjadi kompas perjuangan PAS yang kini lebih menjurus kepada politik perkauman. Beliau menyifatkan pendekatan sederhana dan berteraskan prinsip Islam yang pernah digariskan Fadzil Noor kini diteruskan oleh Amanah. Kemenangan kerajaan Perpaduan dalam PRK Ayer Kuning menurutnya adalah bukti rakyat menolak politik perkauman dan menyokong gagasan Perpaduan Nasional

Polis nafi kejadian cubaan rogol, cederakan suri rumah di Melaka
Polis menafikan berlaku kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah dengan mengelar leher mangsa menggunakan kunci di sebuah rumah di Taman Kasturi, Semabok di Melaka.
Prosiding tuntutan Sulu di mahkamah rayuan Paris 7 Julai ini - Azalina
Prosiding seterusnya berhubung kes tuntutan kumpulan Sulu dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rayuan Paris pada 7 Julai ini.
[TERKINI] Subsidi telur ayam dikurangkan 50 peratus mulai esok, tamat sepenuhnya 1 Ogos
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang mencukupi dan terjamin berikutan kos pengeluaran sudah stabil.

Ahli Parlimen Pulai dirawat di ICU
Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri pada malam Selasa akibat paras oksigen rendah dalam badan.

Pendakwa raya Korea Selatan geledah kediaman bekas presiden Yoon
Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul mengerahkan pasukan pendakwa dan penyiasat ke kediaman Yoon bagi mendapatkan bukti.

Prosiding tuntutan Sulu di Mahkamah Rayuan Paris 7 Julai ini - Azalina
Perbicaraan itu akan menyaksikan badan kehakiman Perancis meneliti kesahihan anugerah timbang tara yang dikenakan terhadap Malaysia.

Safawi Rasid tinggalkan Terengganu, kembali ke pangkuan JDT
Anak jati Dungun itu berkemungkinan besar akan kembali ke Stadium Sultan Ibrahim selepas setahun memperkuatkan negeri kelahirannya.

UCL: Dembele letak PSG sebelah kaki ke final atasi Arsenal
Paris Saint-Germain menewaskan Arsenal 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama UCL di Stadium Emirates awal pagi tadi.

PRK Ayer Kuning: Penduduk tolak politik fitnah, pilih perpaduan - Saarani
Saarani berkata kemenangan itu tidak akan tercapai tanpa usaha gigih semua pihak termasuk jentera BN dan Pakatan Harapan yang bekerja keras.

Pemilihan PKR: Fuziah sahkan tidak bertanding
Fuziah berkata beliau akan memberikan tumpuan untuk menguruskan parti seperti yang diminta Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemilihan PKR: Fasa satu pemilihan cabang selesai, masuki fasa dua - Zaliha
Fasa satu membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak yang bermula 11 hingga 13 April.

Le Pen didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana Parlimen EU
Hukuman masih belum dijatuhkan dan kesannya terhadap karier politik beliau masih belum dapat dipastikan.

Rafizi bakal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR
Rafizi berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak pergolakan dalaman parti yang boleh memberi kesan negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Had tempoh PM kepada 10 tahun: Cipta peluang pemimpin baharu, persaingan lebih sihat
Cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun ia memberi ruang kepada persaingan politik yang sihat.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR pada 24 Mei
Pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.

'Kami yakin buat keputusan tepat berdasarkan undang-undang dan fakta' - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, tempoh enam tahun pentadbirannya di bawah empat Perdana Menteri, semuanya daripada gabungan politik berbeza.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.