awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belia Sabah diseru pilih TVET sebagai pilihan utama, bukan alternatif

Bernama
Bernama
19/05/2025
20:00 MYT
Belia Sabah diseru pilih TVET sebagai pilihan utama, bukan alternatif
Hajiji berkata, bidang TVET kini memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial negeri sejajar transformasi teknologi serta keperluan semasa industri. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru golongan belia di Sabah membuka minda dan melihat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama untuk membina masa depan yang cerah dan bukannya sekadar laluan alternatif.
Beliau berkata, bidang TVET kini memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial negeri sejajar transformasi teknologi serta keperluan semasa industri.
"TVET bukan sahaja melengkapkan individu dengan kemahiran praktikal tetapi juga sinonim dengan pemerkasaan, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi," katanya pada Majlis Pelancaran Majlis TVET Sabah (MTS), di sini, pada Isnin.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.
Hajiji berkata, penawaran kursus TVET kini disesuaikan dengan keperluan pasaran kerja dan perkembangan pesat sektor perindustrian sekali gus menjadi jalan kerjaya yang stabil serta berdaya maju untuk anak muda.
"Saya menyeru belia negeri ini agar tidak ragu-ragu menyertai bidang TVET. Inilah masa untuk mengubah persepsi dan memandang TVET sebagai pilihan bijak dan membuka ruang untuk menjadi profesional, usahawan serta inovator," katanya.
Ketua Menteri berkata, pelancaran MTS merupakan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh ekosistem latihan teknikal dan menyelaras lebih 160 institusi TVET di Sabah serta bertujuan memastikan setiap graduan dihasilkan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Beliau berkata, TVET juga dianggap sebagai pemacu utama matlamat pembangunan negeri menerusi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 dan dokumen strategik nasional seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2030), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Dalam ucapan itu, Hajiji turut menyentuh revolusi teknologi masa kini termasuk kecerdasan buatan (AI) yang menuntut generasi muda bersedia dengan kemahiran baharu bersifat adaptif dan berorientasikan inovasi agar tidak ketinggalan.
"Dunia pekerjaan sedang berubah. TVET adalah platform terbaik untuk kita bangunkan modal insan berkemahiran tinggi yang akan memacu kemajuan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#NIMP 2030
#modal insan
#laluan alternatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan