awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BellaBot inovasi baharu buat kakitangan Pusat Perubatan Sunway

Eton Khir
Eton Khir
12/08/2021
02:30 MYT
BellaBot inovasi baharu buat kakitangan Pusat Perubatan Sunway
BellaBot dapat membantu kakitangan memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit. - Foto Pusat Perubatan Sunway
KUALA LUMPUR: BellaBot merupakan robot pertama dalam industri penjagaan kesihatan di Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway, Bryan Lin, kemunculan teknologi pintar ini berpotensi dapat membantu kakitangan hospital untuk memberi tumpuan kepada penjagaan pesakit dan meningkatkan kecekapan operasi, khususnya ketika pandemik.
Selain tugasnya di wad pediatrik, fungsi BellaBot juga dapat dilihat di lobi bagi membantu pengunjung mencari arah di sekitar hospital.
Di samping itu, ia turut mampu memberikan keceriaan kepada pesakit melalui fungsi ‘mode ulang tahun’ dengan menyampaikan kek hari jadi disertai lagu ulang tahun yang menghiburkan.
"Kami gembira menjadi hospital pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi BellaBot. Ini juga tepat pada masanya setelah diiktiraf sebagai Syarikat Hospital Teknologi Pintar Tahun 2021 Frost & Sullivan dua bulan yang lalu.
"Dengan cabaran yang dihadapi semasa pandemik COVID-19, kami komited untuk terus mencari kaedah inovatif bagi meningkatkan kemudahan pesakit kami sambil menjaga keselamatan dan kesejahteraan mereka sebagai inisiatif utama," katanya ketika demonstrasi secara maya menerusi aplikasi Microsoft Team untuk memperkenalkan teknologi robot pintar terbaharu itu, pada Rabu.
sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Makanan, Joanne Leow turut memberi demonstrasi secara langsung untuk memperkenalkan Bella dan berkongsi pengalaman pasukan dalam penggunaan teknologi pintar terbaru itu.
"BellaBot ini dapat berfungsi sama ada terdapat jaringan internet mahupun tidak dan setakat ini, kami telah menguji beberapa kali, dan tidak ada gangguan antara alatan perubatan di sepanjang proses ini," katanya.
Di samping itu, Joanne berkata, BellaBot ini disediakan kemudahan untuk menempatkan dulang bagi penghantaran makanan dan sistem navigasi yang membolehkannya bergerak dengan selamat di sekitar wad.
Tidak hanya itu, robot ini boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan Mandarin serta turut berpotensi untuk penambahan bahasa lain lagi di masa akan datang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Malaysia
#Microsoft
#pandemik
#inovasi
#BellaBot
#Pusat Perubatan Sunway
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan