NATIONAL

Belum ada cadangan laksana PKP: Ini mesej penting perutusan Muhyiddin

Astro Awani 06/10/2020 | 13:03 MYT
Selain menjawab teki-teki sama ada akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, beliau turut mengulas berkenaan punca kenaikan kes COVID-19 yang mendadak pada ketika ini.
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan perutusan khas Situasi Semasa COVID-19 di negara ini.

Selain menjawab teki-teki sama ada Kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, beliau mengulas berkenaan punca kenaikan kes COVID-19 yang mendadak pada ketika ini.

Berikut beberapa perkara penting yang disampaikan Muhyiddin dalam perutusan tersebut:-

1. Kerajaan belum bercadang melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

2. Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru baru ini menjadi antara punca kenaikan mendadak kes COVID-19.



3. Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes COVID-19 di dalam negara.

DAPATKAN DATA DAN STATISTIK TERKINI COVID-19 DI SINI

4. Jangkitan tidak kenal latar belakang individu; tiada (double standard) atau yang terkecuali menjalani proses kuarantin.


5. Hanya sekolah di kawasan zon merah diarah ditutup buat masa ini.
#Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 #COVID-19 #Muhyiddin Yassin #Pilihan Raya Negeri Sabah #PRN Sabah 2020 #perintah kawalan pergerakan #PKP #Zon merah COVID-19 #Kluster Tembok #Taiping #Sandakan #Ramai-Ramai