Belum ada keputusan untuk teruskan bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan

Rahimah Abdullah
April 1, 2020 06:06 MYT
Annuar menafikan laporan sebuah portal berita yang mengatakan bazar Ramadan diteruskan di Wilayah Persekutuan tahun ini. Gambar fail/ Bernama.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menafikan laporan sebuah portal berita yang mengatakan penganjuran bazar Ramadan akan diteruskan di Wilayah Persekutuan tahun ini.
Jelas beliau, belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu.
"Laporan (portal berita tempatan) ini adalah tidak benar. Tiada keputusan (mengenai bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan)," katanya melalui laman Twitter rasminya pada Rabu.
Beliau sekali lagi menjelaskan sedang memberikan masa beberapa hari kepada pihak berkuasa tempatan di Wilayah Persekutuan untuk mereka memberikan cadangan.
"Pada Jumaat mereka akan memberikan taklimat kepada saya. Keputusan tidak akan diambil secara unilateral (satu pihak). Ia perlu dirunding bersama Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara," jelas beliau lagi.
Beliau berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti pihak yang cuba mengada-adakan cerita dengan menyatakan keputusan sudah dibuat untuk meneruskan bazar Ramadan tahun ini.
"Mereka juga sengaja buat-buat tidak dengar apabila kita nyatakan bazar Ramadan dalam bentuk yang lazim kita lihat sudah tidak boleh diamalkan lagi, amalan baik seperti diperakukan KKM perlu diutamakan bagi semua jenis aktiviti dan perniagaan. Pentadbiran diminta memperinci perkara ini," kata Annuar.

This report is NOT correct..NO DECISION https://t.co/ttHnKJixSI I hv repeatedly explained Im giving local authorities in WP few more days for them to come up with their recommendations.On Friday they will brief me.Decision will not be taken unilaterally.KKM&MKN must be consulted https://t.co/K1MnV5eTof

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Annuar Musa #Kementerian Kesihatan #keselamatan #kesihatan #KKM #menteri #Ramadan #Tan Sri Annuar Musa