awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada permohonan permit 'Perhimpunan Selamatkan Malaysia' - Polis

Bernama
Bernama
13/09/2023
13:15 MYT
Belum ada permohonan permit 'Perhimpunan Selamatkan Malaysia' - Polis
Polis masih belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran "Perhimpunan Selamatkan Malaysia" yang dirancang diadakan di ibu negara, Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis masih belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran "Perhimpunan Selamatkan Malaysia" yang dirancang diadakan di ibu negara, Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, permohonan permit perlu dibuat sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ia diadakan dan kegagalan berbuat demikian adalah menyalahi undang-undang.
"Tempoh itu telah pun berakhir namun masih belum ada sebarang permohonan dibuat penganjur, " katanya pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2, di sini, hari ini.
Allaudeen berkata setakat ini, pihaknya menerima enam laporan polis berhubung perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu dengan lima individu telah dirakam keterangan termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
"Tiga lagi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia (Muhammad Hilman Idham) dan dua wartawan yang membuat liputan sewaktu sidang media Ahmad Fadhli mengenai perhimpunan itu. Seorang lagi individu diminta hadir memberi keterangan untuk membantu siasatan polis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#permit
#Perhimpunan Selamatkan Malaysia
#Polis Kuala Lumpur
#Allaudeen Abdul Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan