awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum boleh laksana e-Wages, perlu diperhalusi, dibincang lagi - Mustapha

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/10/2023
05:26 MYT
Belum boleh laksana e-Wages, perlu diperhalusi, dibincang lagi - Mustapha
Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan teknologi digital seperti Blockchain dan pelbagai sistem lain. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan e-Wages perlu diperhalusi dan dibincangkan semula pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan teknologi digital seperti Blockchain dan pelbagai sistem lain.
Menurutnya, kementerian juga memerlukan masa untuk membuat penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan, termasuk Bank Negara Malaysia.
Tambah beliau, penelitian itu juga perlu dinilai berdasarkan pindaan Akta Kerja 1955 [Akta 265] yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023 yang telah memperkenalkan klausa baharu, iaitu seksyen 25 dan 25 (A).
Klausa tersebut memberi kuasa kepada Menteri untuk membenarkan apa-apa instrumen pembayaran upah lain yang termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
“Atas dasar ini, maka Kementerian Sumber Manusia melihat terdapat pelbagai implikasi yang akan wujud sekiranya e-Wages dilaksanakan tanpa penglibatan institusi kewangan.
“Ini kerana beban pembuktian akan jatuh di pihak pekerja sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan majikan dari segi pembayaran gaji.
“Sehubungan itu, penelitian dan perbincangan lanjut berhubungan e-Wages dengan pihak-pihak berkepentingan yang dinyatakan adalah masih diperlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri M Saravanan (BN - Tapah) yang minta Menteri Sumber Manusia menyatakan status pelaksanaan sistem e-Wages yang pernah juga dijawab pada 14 Mac 2023.
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#e-wages
#Mustapha Sakmud
#Kementerian Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan