Belum pun dirasmikan, Elon Musk batal pengenalan label 'Rasmi' di Twitter

Astro Awani
November 10, 2022 04:20 MYT
Musk memansuhkan langkah mengenalkan label "Rasmi" itu sehari selepas eksekutif produk di syarikat media sosial tersebut mengumumkannya. -Gambar hiasan
JUTAWAN teknologi dan juga pemilik Twitter, Elon Musk membatalkan pengenalan label "Rasmi" untuk akaun media sosial itu sejurus mengumumkannya pada Selasa.
Tindakan itu diambil dipercayai disebabkan kekeliruan akan perbezaan di antara label "Rasmi" dan tanda semak biru ('blue tick') sebagai petunjuk pemilik akaun yang sah.
"Sila ambil perhatian bahawa Twitter akan melakukan banyak perkara bodoh dalam beberapa bulan akan datang.
"Kami akan mengekalkan apa yang berkesan dan mengubah apa yang tidak," kata Musk dalam tweet terbaharunya.

Please note that Twitter will do lots of dumb things in coming months. We will keep what works & change what doesnt.

— Elon Musk (@elonmusk) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemilik Twitter dan juga Tesla itu memansuhkan langkah mengenalkan label "Rasmi" itu sehari selepas eksekutif produk di syarikat media sosial tersebut mengumumkannya.
BACA: Twitter perkenal label 'Rasmi' untuk akaun terpilih
Menurut Eksekutif Produk, Esther Crawford pada Selasa, tidak semua akaun yang disahkan sebelum ini akan mendapat label 'Rasmi', malah, katanya, label itu tidak boleh dibeli.
Akaun yang terpilih menerimanya termasuk akaun kerajaan, syarikat komersial, rakan kongsi perniagaan, saluran media utama, penerbit dan beberapa tokoh awam.
#Elon Musk #Twitter #Blue Tick #label Rasmi