awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Had umur 16 tahun untuk media sosial dijangka dikuatkuasakan Julai - Teo
Banjir: Satu PPS dibuka di Kota Samarahan
Sivasangari wakil tunggal negara di ToC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Aceh: KPT salur bantuan kepada pelajar Indonesia dan Malaysia yang terkesan

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2025
15:34 MYT
Bencana Aceh: KPT salur bantuan kepada pelajar Indonesia dan Malaysia yang terkesan
Zambry berkata KPT turut mengambil maklum situasi rakyat Malaysia yang berada di Aceh, termasuk pelajar kita yang menuntut di beberapa institusi pendidikan di wilayah tersebut. - Foto fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyelaras pendaftaran dan penyaluran bantuan segera RM500 seorang kepada pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan susulan bencana di Aceh dan Sumatera Utara.
Menterinya. Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta diminta mengambil tindakan segera bagi memastikan proses penyaluran berjalan teratur dan dapat meringankan beban pelajar terbabit.
"Dalam masa yang sama, KPT turut mengambil maklum situasi rakyat Malaysia yang berada di Aceh, termasuk pelajar kita yang menuntut di beberapa institusi pendidikan di wilayah tersebut.
"Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka juga terjamin, KPT memutuskan agar satu bentuk bantuan khusus turut dipanjangkan kepada kumpulan pelajar Malaysia yang terkesan, selaras dengan semangat kepedulian yang dizahirkan Kerajaan Madani," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menambah, KPT kini sedang berhubung rapat dengan pihak Education Malaysia (EM) di Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, serta pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan senarai lengkap pelajar Malaysia di Aceh dan menilai tahap keperluan mereka.
Menurutnya, tindakan susulan akan diambil segera termasuk penyelarasan bantuan kewangan sebanyak RM500 seorang serta apa-apa bantuan tambahan yang diperlukan.
"KPT berdoa agar semua mangsa bencana diberikan kekuatan menghadapi ujian ini dan mendoakan keselamatan seluruh pelajar Malaysia serta saudara-saudara kita di Indonesia.
"Kerajaan Malaysia melalui KPT kekal komited untuk memastikan tiada pelajar sama ada warga tempatan atau antarabangsa terbiar tanpa perhatian sewajarnya," jelas Zambry.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelajar Indonesia sedang menuntut di negara ini dan terkesan akibat banjir di Aceh dan Sumatera Utara akan diberikan bantuan RM500 setiap seorang.
Katanya, bantuan kerajaan Malaysia itu sebagai tanda ihsan dan persahabatan dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.
Topic Berkaitan
#banjir Aceh
#bantuan kewangan
#Zambry Abd Kadir
#pendidikan
#pelajar
#banjir Sumatera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan