MALAYSIA
Bencana di Kampung Sarapung luar biasa, penduduk hargai pihak bantu bersih kediaman
Penduduk berharap saliran air yang tersumbat dapat dibaik pulih dengan segera kerana takungan air kini melimpah ke rumah mereka yang berada di kawasan rendah. - Gambar Astro AWANI
PENAMPANG: Banjir dan tanah runtuh yang melanda Kampung Sarapung disifatkan penduduk satu kejadian luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Bagi mereka, cabaran pasca bencana tertumpu kepada proses pembersihan yang sukar disebabkan keadaan lumpur dan selut yang tebal.
Bagaimanapun, mereka bersyukur kerana ramai yang tampil membantu termasuk wakil rakyat.
“Setakat ini, ramai yang tolong untuk bersihkan rumah saya termasuk di rumah penduduk yang lain. Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick juga datang rumah saya, beliau sendiri bersihkan lumpur dan selut.
“Namun begitulah, memang tebal maka sampai sekarang belum selesai sepenuhnya. Saya juga mahu beri penghargaan kepada pihak polis yang turun di kampung ini untuk proses pembersihan termasuk beberapa skuad daripada parti politik yang juga membantu, kami ucapkan terima kasih,” kata penduduk kampung itu, Geoffrey Golingai.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika tinjauan pasca bencana di kampung berkenaan pada Rabu.
Menceritakan keadaan yang berlaku pada 11 September lalu, penduduk, John Tambanan pula menyifatkan, kejadian itu bencana luar biasa kerana kejadian sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Ketika kejadian kami tiada di rumah, mujurlah kerana kalau tidak, kami juga tidak tahu apa nasib kami, mungkin kami tertimbus. Bila kamu mahu pulang dari pasar, kami terkandas di jambatan sebab air sudah naik.
“Keesokannya baru dapat balik, kami nampak keadaan di kampung ini sangat teruk, tanah runtuh yang luar biasa, kejadian ini belum pernah berlaku. Bagi saya sejak berpuluh tahun, inilah pertama kali tanah runtuh. Banjir itu pun kadang-kadang, hanya sederhana tapi kali ini memang teruk,” ujarnya.
Bagi memastikan musibah sama tidak berulang, penduduk berharap saliran air yang tersumbat dapat dibaik pulih dengan segera kerana takungan air kini melimpah ke rumah mereka yang berada di kawasan rendah.
“Longkang ini tersumbat, jadi air terus lalu masuk ke rumah kami yang berada di kawasan agak rendah. Jadi kami minta pihak berkuasa untuk korek dan bersihkan sampai pergerakan air boleh lalu secara lancar.
“Setakat ini, belum ada tindakan bermula dari kami pindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), sampailah kami pulang semula. Itu kerisauan kami kerana setiap kali hujan, kami bimbang akan banjir lagi,” katanya.