awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bencana Kim Kim: Lapan mangsa di ICU semakin stabil - Dr Dzulkefly

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/03/2019
10:49 MYT
Bencana Kim Kim: Lapan mangsa di ICU semakin stabil - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata jumlah pesakit yang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail menunjukkan penurunan yang ketara. -Gambar fail
Lapan mangsa pencemaran udara Sungai Kim Kim yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini semakin stabil dan tidak lagi memerlukan bantuan pernafasan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jumlah pesakit yang dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail menunjukkan penurunan yang ketara.
“Sehingga pukul 2 petang tadi, jumlah kes yang direkodkan sejak 7 Mac lalu adalah sebanyak 3,976 kes.
“Jumlah pesakit yang ditahan di wad menurun kepada 131 orang daripada 371 pesakit yang direkodkan pada pukul 9 pagi tadi,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata pihak kementerian akan membuat kajian lebih menyeluruh berdasarkan kes pesakit yang didaftarkan untuk melihat kesan jangka panjang pencemaran terhadap kesihatan.
Namun, berdasarkan kes sebelum ini, pencemaran itu hanya memberi kesan sementara memandangkan tempoh pendedahan udara tercemar kepada pesakit hanyalah untuk jangka masa pendek.
“Apa yang kita lihat adalah acute exposure, dan dos yang dihidu dalam jangka masa itu tidak terlalu tinggi.
“Ini adalah acute toxicity, ia bukan exposure lama,” katanya lagi.
Dr Dzulkefly menambah bahawa pihaknya berdepan kekurangan bekalan Cyanokit, ubat yang digunakan bagi merawat kesan sianida, di mana tiga daripada 10 bekalan sedia ada telah digunakan.
Namun, menurutnya, kementerian merancang untuk mendapatkan bekalan daripada hospital lain di luar Johor.
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#Hospital
#Hospital Sultan Ismail
#Hospital Sultanah Aminah
#ICU
#pencemaran
#Sungai Kim Kim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan