MALAYSIA
  
            Bencana taufan, banjir: Malaysia zahir ucapan takziah kepada Filipina dan Vietnam
Khaled berkata Malaysia menyatakan solidariti bersama semua yang terkesan dan menegaskan kesediaan untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan. - Foto BERNAMA
            
      KUALA LUMPUR: Malaysia merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada Filipina dan Vietnam susulan bencana alam yang melanda kedua-dua negara baru-baru ini, melibatkan taufan dan banjir yang menjejaskan ratusan ribu penduduk.
Ringkasan AI
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin, menyatakan solidariti Malaysia terhadap semua mangsa yang terkesan dan menegaskan kesediaan negara untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan serantau.
“Dalam menghadapi kesukaran, kekuatan ASEAN terus terserlah melalui perpaduan, keprihatinan dan semangat kebersamaan yang tidak pernah goyah,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Taufan Ragasa, yang diklasifikasikan sebagai taufan super dengan kelajuan angin mencecah 285 kilometer sejam, melanda wilayah utara Filipina pada September lalu, memaksa lebih 10,000 penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara termasuk sekolah.
Sementara itu, Vietnam dilanda Taufan Bualoi awal bulan ini dengan kelajuan angin 130 kilometer sejam yang membadai daratan selama hampir 12 jam.
Hujan lebat akibat ribut tersebut menenggelamkan ibu negara Hanoi, manakala banjir dan tanah runtuh merosakkan lebih 200,000 kediaman, infrastruktur awam dan kawasan pertanian.
Malaysia menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama serantau dalam menghadapi bencana dan cabaran kemanusiaan di bawah semangat ASEAN.
               
  Ringkasan AI
- Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada Filipina dan Vietnam susulan bencana taufan dan banjir yang menjejaskan ratusan ribu penduduk di kedua-dua negara.
- Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin menegaskan solidariti dan kesediaan Malaysia untuk menyokong usaha bantuan kemanusiaan serantau dalam semangat perpaduan ASEAN.
- Taufan Ragasa dan Bualoi menyebabkan pemindahan besar-besaran dan kerosakan meluas, termasuk lebih 200,000 kediaman dan infrastruktur awam di Vietnam serta ribuan penduduk terjejas di Filipina.