KOTA BHARU: Sebuah bengkel kereta yang ditinggalkan di Kampung Bunohan, Tumpat, dekat sini didapati dijadikan sebagai stor simpanan kepada 700 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM21,000.
Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata, rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Kompeni B membuat serbuan ke bengkel itu, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Beliau berkata ketika serbuan, didapati terdapat kelibat dua lelaki telah melarikan diri ke dalam semak di belakang bengkel, selepas dapat menghidu kehadiran pasukan PGA7.
"Pemeriksaan yang dijalankan di dalam bengkel yang dijadikan stor itu, menemui longgokan plastik hitam di dalamnya mengandungi plastik lutsinar diikat gelang getah, mengandungi daun-daun hijau yang disyaki daun ketum.
"Selepas membuat pemeriksaan di kawasan sekitar dan tidak menemui sesiapa di situ, kesemua daun ketum itu dirampas dan dibawa balik ke Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azhari berkata, kesemua daun ketum yang ditemui disyaki dibawa dari Kedah untuk pasaran di sini.
"Daripada maklumat yang diperolehi, satu ikatan daun ketum sekitar satu kg akan dijual dengan harga RM30.
"Hasil siasatan awal mendapati kesemua daun-daun ketum ini dipercayai untuk pasaran sekitar Tumpat, dan bagi jualan kecil-kecilan terutamanya di sekitar kawasan Kampung Bunohan.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Sebuah bengkel kereta yang ditinggalkan di Kampung Bunohan, Tumpat, dekat sini didapati dijadikan sebagai stor simpanan kepada 700 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM21,000. -Gambar hiasan
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Lelaki ditahan jadikan rumah tempat simpanan mercun bernilai lebih RM20,000
Seorang lelaki ditahan susulan penemuan sebanyak 48 bungkusan dan 273 kotak mercun bernilai RM20,745 di dalam rumahnya di Kampung Bunut Payung, malam tadi.
PGA7 tahan lima pendatang tanpa izin dari negara jiran
Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta ATIPSOM 2007 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.
Dua pendatang tanpa izin ditemukan terikat di pokok
Kedua-dua lelaki berumur 32 dan 33 tahun itu ditemukan anggota PGA7 semasa sedang membuat rondaan pada pukul 10.30 malam.
Op Benteng: Hampir RM5 juta barangan bernilai dirampas sejak 16 Jun
PGA7 merampas barangan bernilai hampir RM5 juta, melibatkan 113 kes sepanjang pelaksanaan Op Benteng COVID-19.
13 ekor lembu 'naik perahu' rentas Sungai Golok
Anggota PGA7 telah mengekori kumpulan lelaki yang mengheret lembu itu ke dalam hutan berhampiran, dipercayai untuk disembunyikan.
Bengkel kereta jadi stor simpanan ketum
Rampasan dilakukan selepas sepasukan anggota Kompeni B membuat serbuan ke bengkel itu, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
PGA7 rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM20,000
Meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko tertangkap, masih ada penyeludup yang berani melakukan tugasan itu demi mengaut keuntungan berganda.
Op Benteng: PGA7 kenal pasti 40 laluan tikus baharu di sempadan
Setakat ini, PGA7 telah mengenal pasti 128 laluan tikus membabitkan 51 di sekitar Rantau Panjang, 50 di Kuala Jambu dan 27 di Jeram Perdah.
21 ekor lembu dibawa 'berenang' melalui Sungai Golok masuk Malaysia
PGA7 berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan 21 ekor lembu dari Thailand, yang menggunakan taktik meletakkan haiwan itu ke dalam sungai.
Anggota PGA nyaris maut diseret kenderaan penyeludup
Seorang anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Kuantan, Pahang, nyaris maut, selepas diheret sejauh hampir 100 meter oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dipandu penyeludup.