JITRA: Seorang pengusaha mengalami kerugian lebih RM100,000 dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan bengkel membaiki motosikalnya dan sebuah kedai menjual alatan telefon di di Pekan Tok Jalai, dekat Jitra, pada Ahad.
Dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, mangsa yang juga pemilik bengkel, Tan Si Bong, 60, sedang membaiki motosikal sebelum diberitahu oleh seorang pelanggan terdapat percikan api di bahagian atas bengkel sebelum api marak.
Ekoran itu, Si Bong hanya sempat mencapai tangan ibunya berusia lebih 80 tahun yang berada di dalam bengkel sebelum dua beranak itu berlari keluar menyelamatkan diri.
Jelasnya, api marak terlalu cepat, sehinggakan dia tidak sempat menyelamatkan motosikal yang berada di dalam bengkel.
Sebaliknya, hanya lima buah motosikal yang berada di luar bengkel sempat diselamatkan manakala lebih 20 buah motosikal dihantar pelanggannya untuk dibaiki hangus terbakar.
“Hanya ini sahaja yang sempat saya selamatkan, api terlalu kuat (marak), semua orang jerit pada saya cepat keluar selamatkan diri,” kata Si Bong.
Si Bong memaklumkan, ini pertama kali berlaku kebakaran sejak dia membuka bengkel itu sekitar 43 tahun lalu.
Dia juga tidak mampu menahan kesedihan melihat segala usaha dan kerja kerasnya selama ini musnah sekelip mata.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.
Katanya, sebaik tiba api sedang marak membakar bengkel motosikal dan kedai telefon.
Api berjaya dipadamkan kira-kira jam 10.44 pagi.
Mohd Bustan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagaimanapun pemilik bengkel motosikal itu kemudiannya di hantar ke Hospital Jitra selepas terkena serangan jantung.
Katanya, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jan 09 2022
Anggota bomba memadamkan kebakaran bengkel membaiki motosikal dan sebuah kedai menjual alatan telefon di di Pekan Tok Jalai, dekat Jitra, pada Ahad. - Gambar Astro AWANI
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
23 motosikal, sebuah ATV musnah dalam kebakaran
Kebakaran berlaku di sebuah bengkel motosikal di Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam, awal pagi ini.
Empat sederetan kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.
Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.
Bengkel motosikal kebakaran, pemilik rugi lebih RM100,000
Tan Si Bong hanya sempat capai tangan ibunya yang berusia lebih 80 tahun sebelum dua beranak itu berlari keluar menyelamatkan diri.
Demi anak, pasangan ini tekad bangkit walau bengkel musnah akibat banjir
Bengkel motosikal pasangan suami isteri yang diusahakan sejak puluhan tahun lepas merupakan antara mangsa 'dahsyatnya' banjir di Hulu Langat.
Pemilik bengkel buntu lebih 40 motosikal pelanggan hangus terbakar
Bengkel motosikal yang telah diusahakan bapanya sejak lebih 30 tahun lepas, terbakar 100 peratus.
Lelaki parah, patah tulang muka, alami pendarahan otak, dipercayai akibat dipukul
Pemeriksaan mendapati suspek berusia 23 dan 25 tahun yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.