NIBONG TEBAL: Isu penganjuran bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berasingan anjuran sebuah sekolah menengah di Johor sudah diselesaikan secara baik.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, perbincangan berhubung isu tersebut sudah dilakukan dengan pihak berkaitan dan isu tersebut jelasnya tidak perlu dipanjangkan lagi
Fadhlina berkata, buat masa ini penumpuan harus diberikan kepada peperiksaan pelajar dan mereka juga tidak seharusnya diganggu.
"Kita sudah selesaikan secara baik dan kita sudah adakan perbincangan di antara pihak berkaitan untuk tidak memanjangkan isu ini dan kita mahu tumpuan sekarang diberikan kepada peperiksaan anak-anak ini.
"Kita mahu anak ini jangan diganggu dan diberikan tumpuan untuk peperiksaan. Doakan kejayaan mereka di sekolah tersebut dan kita nak ulang bahawa kita tidak akan tolerate (tolak ansur) lagi kalau perkara ini berlaku lagi," tegasnya.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya insiden sama berlaku lagi di masa depan.
Beliau juga menegaskan, tiada ruang diskriminasi dalam sistem pendidikan negara ini dan berharap isu sedemikian tidak lagi berlaku.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu penganjuran sebuah bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah menengah di Johor baru-baru ini.
Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal pada Ahad.
Sebelum ini, tular di Twitter berkenaan satu tangkap layar dalam kumpulan WhatsApp antara ibu bapa dan kakitangan sekolah di Johor itu mengenai rasa tidak puas hati segelintir ibu bapa selepas sekolah itu didakwa mengadakan bengkel SPM secara eksklusif untuk pelajar Islamnya yang berprestasi rendah.
Susulan insiden berkenaan, KPM menjelaskan tiada isu diskriminasi dikesan membabitkan penganjuran bengkel berkenaan.
KPM menerusi kenyataan memaklumkan, Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor itu sudah lama dirancang pihak sekolah itu.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor turut menjelaskan bahawa bengkel itu diadakan atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan membabitkan dua siri bengkel pada 19 dan 20 Januari lalu.
Bengkel Persediaan SPM untuk calon dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru melibatkan 30 orang calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon GALUS (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain.
Bengkel yang dilaksanakan itu diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.
Malah, KPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Januari ini bertempat di hotel sama.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Jan 29 2023

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika menjawab pertanyaan media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal hari ini. - Foto BERNAMA

Dialog Anak Muda: Mobiliti anak muda
Adakah sistem pengangkutan awam negara cukup mesra anak muda? Guna pengangkutan awam untuk jimat poket atau ubah gaya hidup? Apa idea anak muda untuk tambah baik sistem kesalinghubungan pengangkutan awam? Dialog Anak Muda, Jumaat 8.30 malam

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Bengkel SPM berasingan: Isu sudah diselesaikan secara baik - Fadhlina
Isu penganjuran bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berasingan anjuran sebuah sekolah menengah di Johor sudah diselesaikan secara baik.