MALAYSIA
Bengkel tayar musnah hampir keseluruhan dalam kebakaran di Shah Alam
Kebakaran berkenaan melibatkan sebuah bengkel kenderaan berkeluasan 50 x 100 kaki persegi dengan kemusnahan kira-kira 90 peratus struktur bangunan. - Gambar ihsan JBPM Selangor
SHAH ALAM: Sebuah bengkel tayar musnah hampir keseluruhan dalam kebakaran di Jalan Bawang Merah 24/36, Seksyen 24, di sini, pada Ahad malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam.
Serentak itu, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama bantuan BBP Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.26 tengah malam sebelum operasi sepenuhnya ditamatkan pada jam 2.31 pagi.
Menurut Ahmad Mukhlis, insiden berkenaan melibatkan sebuah bengkel kenderaan berkeluasan 50 x 100 kaki persegi dengan kemusnahan kira-kira 90 peratus struktur bangunan.
Sebanyak 37 kereta pelbagai jenis serta tujuh motosikal yang berada di dalam premis turut musnah.
Seorang pekerja bengkel, lelaki Melayu berusia 30-an, mengalami kecederaan ringan selepas melecur di tangan ketika cuba mengalihkan kenderaan.
Mangsa diberikan rawatan awal oleh Unit EMRS sebelum dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.