awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang disuruh tutup lampu, anak tergamak libas ibu dengan pisau

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/09/2020
10:46 MYT
Berang disuruh tutup lampu, anak tergamak libas ibu dengan pisau
Suspek yang juga penagih dadah itu mempunyai tujuh rekod lampau telah ditahan polis. - Foto ihsan PDRM
Berang diminta menutup suis lampu, seorang anak tergamak menetak kepala ibunya dengan pisau pemotong daging dalam kejadian di rumah mereka di Flat Hijau Mak Mandin, Butterworth, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, berusia 67 tahun cedera di bahagian kepala dan tangan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian mangsa sedang mengemas rumah dan mendapati lampu bilik anaknya menyala dan menyuruh anaknya menutup lampu.
Suspek berusia 42 tahun itu yang sedang tidur ketika itu dikatakan berang lalu bertindak turun ke dapur untuk mengambil pisau dan melibaskan pisau tersebut ke arah ibunya.
"Ketika menyambung mengemas, suspek tiba-tiba masuk ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas-libas ke arah ibunya sehingga terkena lengan mangsa selain menetak kepala ibunya," katanya.
''Mangsa mengalami kecederaan iaitu luka sepanjang 10 sentimeter di bahagian kepala dan 8 sentimeter di bahagian lengan kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorzainy berkata, suspek yang tinggal berdua dengan ibunya itu kemudian bertindak menghalau mangsa keluar dari rumah tersebut.
Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jirannya sebelum ambulan tiba dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan.
Noorzainy berkata, suspek yang juga penagih dadah itu mempunyai tujuh rekod lampau termasuk lima rekod dadah, ditahan polis di rumah tersebut.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Butterworth
#Dadah
#Flat Hijau Mak Mandin
#Hospital Seberang Jaya
#libas ibu
#penagih
#pisau pemotong daging
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
#Seksyen 324 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan