awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki maki hamun peniaga nasi lemak

Bernama
Bernama
19/07/2021
15:03 MYT
Berang ditegur tak pakai pelitup muka, lelaki maki hamun peniaga nasi lemak
Suspek dalam video itu dilihat memarahi dan memaki hamun ibu pengadu dan seorang pelanggan lain, apabila ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis telah menerima laporan susulan video tular di media sosial, memaparkan seorang lelaki tempatan memaki hamun peniaga nasi lemak dan anak perempuannya serta pelanggan lain di sebuah gerai di Jalan Desa Bakti, di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan polis itu daripada anak peniaga gerai makanan terbabit, pada kira-kira 3.40 petang tadi.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 10.30 pagi tadi, semasa kedua-dua anak beranak itu sedang berniaga dan ia sempat dirakam seorang wanita tempatan menggunakan telefon bimbitnya, yang kemudiannya berkongsi dengan pengadu.
"Suspek dalam video ini dilihat memarahi dan memaki hamun ibu pengadu dan seorang pelanggan lain, apabila ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Basri berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17 Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Pelan Pemulihan Negara 2021, kerana melanggar prosedur operasi standard.
"Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini, kerana dibimbangi akan mewujudkan kegusaran masyarakat dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan," katanya.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu atau maklumat lain mengenai jenayah supaya menyalurkannya kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tular
#viral
#peniaga nasi lemak
#tak pakai pelitup muka
#maki hamun
#jalan desa bakti
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan