awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang ditegur, wanita ugut tetak adik dengan pedang

Sinar Harian
Sinar Harian
09/10/2023
11:10 MYT
Berang ditegur, wanita ugut tetak adik dengan pedang
Suspek berusia lingkungan 30-an telah ditahan untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
SUNGAI BULOH: Seorang wanita yang dipercayai cuba menetak adik kandungnya di kediaman mereka di Kampung Melayu Sungai Buloh, diberkas polis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Buloh telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan daripada mangsa kira-kira jam 3.40 petang.
Menurutnya, suspek berusia lingkungan 30-an kemudian telah ditahan untuk tindakan lanjut.
"Dipercayai kejadian kerana wanita terbabit di bawah pengaruh dadah telah ditegur adik lelakinya berusia lingkungan 20-an selepas kedua-dua mereka berlanggar bahu sebelum mangsa diugut untuk ditetak menggunakan pedang.
"Semakan polis turut mendapati suspek memiliki lima rekod lampau bersabit kes dadah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, polis kemudian telah merampas sebilah pedang sepanjang kira-kira 91 sentimeter (cm).
Katanya, suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penagih dadah
#tetak adik
#Sungai Buloh
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan