awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang teman lelaki disuruh keluar, anak ketuk kepala ibu dengan telefon bimbit

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
24/04/2021
08:29 MYT
Berang teman lelaki disuruh keluar, anak ketuk kepala ibu dengan telefon bimbit
Seorang anak sanggup memukul ibu kandungnya dengan sebatang penyapu, kerana berang dengan tindakan wanita itu meminta teman lelakinya keluar dari rumah. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang anak sanggup memukul ibu kandungnya dengan sebatang penyapu, kerana berang dengan tindakan wanita itu meminta teman lelakinya keluar dari rumah.
Dalam kejadian jam 10 pagi di Pangsapuri Sri Bagan, Butterworth itu, wanita berusia 59 tahun itu turut diketuk dengan telefon bimbit di kepala selain diugut bunuh oleh anak perempuannya yang berusia 24 tahun itu jika mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan mendapati mangsa telah berkunjung ke rumah anaknya itu dan mendapati seorang lelaki berada dalam kediaman tersebut lalu meminta lelaki itu beredar.
"Tindakan mangsa itu menyebabkan anaknya berang dan mengamuk lalu mengambil penyapu dan memukul sebelah kanan lengan mangsa selain mengetuk kepala ibunya dengan telefon bimbit.
"Malah, anak mangsa juga tergamak mengugut mahu membunuh mangsa jika mangsa membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Noorzainy berkata, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) sebagai pesakit luar sejurus selepas kejadian itu berikutan mengalami kesakitan di bahagian yang dipukul.
Kesal dengan tindakan anaknya itu, mangsa terus membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan selain bimbang tentang keselamatan dirinya selepas diugut anaknya itu.
Mengulas lanjut, Noorzainy berkata, ketika kejadian hanya dia dan anak perempuannya sahaja berada di rumah itu.
Menurutnya dia sering berulang alik ke kediaman anaknya kerana rumah mereka tidak jauh.
Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kemungkinan disebabkan tiada sumber pendapatan dan terputus bekalan dadah.
Kata Noorzainy lagi, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#pukul ibu
#ketuk dengan telefon bimbit
#Pangsapuri Sri Bagan
#teman lelaki
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
#penyapu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan