MALAYSIA
Beras tempatan kurang laku, kajian sedang dibuat - Mohamad Sabu
Mohamad membuat pengeluaran wang tunai di mesin pengeluar wang (ATM) selepas Majlis Pelancaran Bank Bergerak Agrobank dan Kampung Angkat MADANI di Kampung Pantai Mek Mas, di sini hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang membuat kajian secara mendalam berhubung beras tempatan yang kurang laku di pasaran ketika ini.
Ringkasan AI
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata isu itu berikutan kadar harga bagi beras tempatan tidak terlalu jauh berbeza dengan beras import.
"Beras pula ketika ini ada masalah kerana terlalu murah dan ada saingan pula dengan beras import. Justeru kita sedang buat kajian secara mendalam hal beras ini.
"Hal ini kerana beras kita (tempatan) harga RM26 bagi 10 kilogram kurang laku..bila ada beras import yang harganya tidak jauh dengan harga tempatan..beras tempatan mula ditinggalkan kembali, jadi kita kena buat kempen pula sekarang ini untuk beli beras tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bank Bergerak dan Kampung Angkat MADANI di Kampung Pantai Mek Mas, di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.
Sebelum ini, media melaporkan KPKM sentiasa memantau harga runcit beras putih tempatan secara berterusan bagi memastikan ia kekal pada kadar RM2.60 sekilogram sementara kajian semula dilaksanakan.
Langkah itu bagi memastikan rakyat terus memperoleh bekalan beras pada harga berpatutan susulan penamatan Program Khas Beras Putih Tempatan (BPT) Bersubsidi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai penamatan subsidi telur ayam, Mohamad Sabu berkata harga telur di pasaran terkawal walaupun subsidi ditamatkan sejak 1 Ogos lepas.
"Alhamdulillah, setakat ini harganya terkawal..apabila ia membabitkan hal makanan kita tidak boleh cakap besar semuanya telah selesai, kita hanya boleh kata reda dan lega," katanya.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan subsidi telur dihentikan sepenuhnya bermula 1 Ogos, selepas pengurangan kadar subsidi daripada 10 sen kepada lima sen sebiji yang bermula pada 1 Mei lepas.
Penstrukturan semula itu bertujuan memastikan bantuan disasarkan kepada golongan benar-benar memerlukan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KPKM kaji isu beras tempatan kurang laku kerana harga hampir sama dengan beras import, menyebabkan pengguna beralih kepada beras import.
- Kempen beli beras tempatan akan digiatkan, sementara harga runcit beras putih tempatan kekal RM2.60/kg selepas penamatan Program Subsidi BPT.
- Subsidi telur ayam ditamatkan 1 Ogos, namun harga pasaran kekal terkawal; penstrukturan semula subsidi bertujuan menyasar golongan memerlukan.