awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya

Gempak
Gempak
08/04/2024
07:05 MYT
Beraya di Rembau dan Perlis, Fasha Sandha ada 45 pasang baju raya
Menurut Fasha, kebanyakan baju itu dia terima sebagai hadiah daripada rakan pereka fesyen. - Foto Gempak
AKAN pulang ke Rembau, Negeri Sembilan dan Perlis untuk beraya, pelakon Fasha Sandha memberitahu dia sudah mempunyai 45 pasang baju raya untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Menurut isteri kepada aktor Aidil Aziz ini, kebanyakan baju itu dia terima sebagai hadiah daripada rakan pereka fesyen.
“Raya pertama di Rembau, manakala raya kedua akan balik bersama keluarga di Perlis pula. Alhamdulillah, tahun ini banyak juga baju raya, setakat ini ada dalam 45 pasang baju juga.
“Ramai orang hadiahkan baju raya kepada saya. Ada yang sedondon dengan keluarga tapi ada yang lain warna,” kata Fasha kepada Gempak.
Bantu siapkan bahan masakan
Dalam pada itu, Fasha memberitahu dia hanya akan membantu dari segi menyiapkan bahan-bahan masakan ketika berada di kampung halaman.
“Insya-Allah saya masak saja untuk raya tapi saya tidak la terlalu pandai dalam memasak, ada orang yang lebih pandai dan saya hanya membantu… macam potong bawang.
“Dekat dua-dua kampung ada orang yang memang paling hebat masak. Saya hanya membantu memotong saja,” ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Fasha Sandha
#pelakon
#Aidilfitri
#baju raya
#beraya di Rembau
#Aidil Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan