'Berbasikal di tengah malam bukan perkara baru, harap jadikan pengajaran'

Kohilah Sekaran
Februari 18, 2017 07:14 MYT
Menurut segelintir netizen, kegiatan lumba basikal di kalangan remaja di Johor pada waktu malam bukan sesuatu yang mengejutkan.
HARI ini kita dikejutkan dengan satu tragedi lapan remaja lelaki berbasikal maut dalam satu kemalangan dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru.
Dua kritikal, manakala lapan lagi cedera dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 3 pagi itu mengundang simpati orang ramai, apatah lagi apabila mangsa-mangsa yang terlibat hanya dalam lingkungan umur antara 13 dan 17 tahun.
Seperti biasa, media sosial dijadikan medium untuk luahan pandangan netizen.
Pengguna media sosial tidak melepaskan peluang untuk merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan anak kesayangan mereka dan berharap agar mereka kekal tabah mengharungi dugaan ini.

bertabahlah pada family mangsa yang terlibat dlm accident basikal kat jb awal pagi tadi../p>— k (@khairulanwarAB) February 18, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Salam takziah kpd keluarga mangsa yg maut dlm kemalangan basikal di jb. Semoga ditempatkan dlm kalangan org beriman. Aamiin...

— Siti Fatimah Nor (@fatimahpouzi) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alfatihah & stay strong kepada parents anak anak yang terlibat dengan kemalangan(basikal) di johor bahru /p>— dd (@nvdirah) February 18, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, adakah ini sesuatu yang mengejutkan bagi warga Johor?
Menurut segelintir netizen, kegiatan lumba basikal di kalangan remaja di Johor pada waktu malam bukan sesuatu yang baru.
Malah, pemandu jalan raya di situ sering menyaksikan kegiatan ini terutamanya pada hujung minggu.

Utk pengetahuan org di luar johor, isu budak main basikal dkt jalan raya ni bukan baru tapi dah lama.

— Itsme (@HakeemHashim_) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Saya dah berbuih cakap pasal bebudak naik basikal di Lingkaran Dalam JB. Tragedy waiting to happen. 9 mati dirempuh. pic.twitter.com/gGqiIunkRG

— Hazrey (@Hazrey) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tak tahu nak salahkan siapa but dekat JB memang selalu gila nampak all those setinggan kids bawak basikal kecik tu dekat tepi jalan besar...

— & (@syafinazbalqis) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak pelik pun kalau 10 20 orang budak budak pusing jb naik basikal tengah malam. Benda ni dari dulu lagi

— Syeikh Ali (@TheKuthiq) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak terkejut pun dgr kes kemalangan remaja berbasikal kt jb smlm. Yesterday pkul 2 pagi penuh bdk2 lumba basikal TGH2 JLNRAYA

— ♕ (@SarahAyaa) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@muazbajrai ramai la bebudak kat jb ni bawak basikal kat jalan besar semua. Ni diorang kena 3:30 pagi tau. Dorg lumba basikal 3:30 pagi.

— SheQi (@Nursheda) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

tak terkejut bila dengar berita '8 remaja maut' kena rempuh dengan kereta di jln lingkaran dalam, jb.. main basikal kat highway, kau rasa?

— Ezad Hafizee_ (@EzadHfizy) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, ada pihak yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa mangsa berkenaan kerana tidak mengawasi aktiviti anak-anak mereka.

Memang tak pelik pun budak2 naik basikal malam2 buta kat jb tu tapi yg peliknya perangai mak bapak yg biarkn anak diorg bebas macamtu sekali

— Lukman Hakim (@Lqleo) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kes kemalangan kat jb tu bukan salah pemandu kereta tu. Mak ayah kawal la anak2 masing2..umur 13-17 tahun kekuar bawak basikal pkl 3pagi?

— Aida Rasyidah (@poohmoncet) February 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Netizen turut berharap kemalangan ini akan membawa pengajaran kepada orang ramai dan menyeru golongan ibu bapa untuk lebih prihatin dan kerap mengawasi pergerakan anak-anak mereka.
#basikal #kemalangan #media sosial