Skip to main content

Malaysia

'Berbeza langkah, jangan putus kawan' - PM titip pantun kepentingan jaga muafakat

Pantun Anwar. Kredit Facebook Anwar Ibrahim
Rangkap pantun itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya memandangkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Anwar dan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini bersaing di PRN Negeri Sembilan ke-16. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR:  

Burung merbah terbang sekawan,
Guruh berdentum membelah awan;
Berbeza langkah, jangan putus kawan,
Selagi muafakat, kita sehaluan.

Pantun itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di media sosial ketika bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semakin hangat.

Bait pantun itu mencuri tumpuan selepas ia membawa mesej besar bahawa persahabatan dan muafakat sangat penting untuk dikekalkan walau berbeza pendirian politik.

Rangkap pantun itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya memandangkan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Anwar dan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini bersaing di PRN Negeri Sembilan ke-16.

Lebih menarik perhatian apabila pantun itu dizahirkan beberapa hari selepas Anwar memberi amaran kepada menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan ketika berkempen.

Kenyataan Anwar itu dibalas oleh Ahmad Zahid yang menegaskan, Perdana Menteri boleh memecat beliau dan menteri BN lain jika tidak menyukai mereka, sambil menegaskan beliau tidak melihat sebab untuk mana-mana daripada lapan menteri BN meletakkan jawatan.


Dalam hantaran di media sosial itu, Anwar turut berkongsi gambar mesyuarat Jemaah Menteri yang antaranya dihadiri Ahmad Zahid dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP.

Must Watch Video

Advertisement