awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
Indonesia tarik balik sekatan, Grok dibenar beroperasi semula selepas jaminan X
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM

Bernama
Bernama
04/05/2024
22:30 MYT
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Anwar bersama Muhammad Sanusi hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri di Darul Aman Park. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi manfaat serta kesejahteraan rakyat.
Anwar, ketika hadir meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Kedah di Jitra malam tadi menyinggung (menyentuh) soal akhlak dan adab dalam perbezaan pandangan.
"Islam mengizinkan kita berbeza pandangan dalam soal tafsiran, pendekatan, strategi dan keutamaan namun ia perlu diuruskan secara beradab dan berhemah," katanya dalam hantaran di laman Facebook semalam.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan kerjasama penuh dalam penganjuran majlis itu meskipun berbeza pandangan politik.
Ketika berucap, Anwar berkata beliau mengambil maklum betapa Kedah mempunyai peranan penting dari segi pengeluaran hasil padi dan memastikan keterjaminan makanan namun pada masa sama, kelompok penanam padi di negeri itu kekal miskin.
"Justeru, saya tekankan betapa kementerian dan agensi Persekutuan perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk melaksanakan usaha-usaha membangunkan negeri Kedah khususnya bagi membasmi kemiskinan.
"Ini termasuklah usaha meningkatkan pendapatan petani menerusi lonjakan hasil padi yang memerlukan perbelanjaan RM5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#beza pandangan
#kerajaan negeri
#Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan