Walaupun ramai graduan wanita yang tamat pengajian dalam sesuatu bidang, namun, tidak bermakna mereka kekal dengan bidang itu dalam pasaran kerja.
Mahu atau tidak, apabila seorang wanita memasuki alam pekerjaan, mereka perlu bersaing secara sihat dengan kaum lelaki.
Namun, benarkah kerana faktor persaingan semata-mata atau ada alasan lain yang mengakibatkan mereka hilang dari pasaran kerja?
Melor Hodari, 31, sanggup berhenti kerja tiga tahun lalu sebagai jurutera jualan di sebuah syarikat carigali terkemuka di ibu negara atas banyak faktor.
"Kalau dalam jabatan pemasaran kejuruteraan itu saya seorang sahaja perempuan, yang lain lelaki dan bos saya pun lelaki.
"Jadi ada halangan sikit di situ sebab mereka mahu layan pelanggan, tapi saya banyak elak. Ya lah, ramai sangat lelaki, saya seorang perempuan, jadi perkara sebegini kita sebagai wanita kita kena jagalah," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Antara faktor lain termasuklah persaingan dengan kaum lelaki dalam bidang yang jelas didominasi oleh kaum adam itu.
"Diskriminasi saya rasa jugalah. Kita wanita ada lemahnya macam walaupun kita buat jualan pada kita dah sampai target, kita minta majikan lihat usaha kita, mungkin dirasakan tak patut bayar.
"Tu saya sendiri rasa tertindas, padahal ada yang satu pejabat dapat, mungkin dia uruskan projek lain. Jadi tertindas bila saya tidak dihantar menjalani latihan, mungkin dia nampak wanita ini lemah. Kenapa orang lain dapat? Mungkin dia nampak perempuan itu lemah," ujarnya.
Dengan sokongan suami, wanita berkelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Melor antara contoh mereka yang tergolong dalam fenomena hilang dari pasaran kerja tetapi itu bukan penamat kepada segalanya.
BACA: Ke mana hilangnya penuntut lelaki di universiti awam?
Ekonominya tidak mati, sebaliknya dia berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online dengan menghasilkan kimchi buatan sendiri.
Kini, baginya, dia lebih selesa dengan keusahawanan.
Malah, jika diberi peluang dan gaji lebih besar sebagai jurutera dalam bidang yang diceburinya sebelum ini, dia akan tolak kerana dia sudah tidak lagi berminat untuk makan gaji.
"InsyaAllah saya akan tolak sebab saya nampak apa faedah sebagai suri rumah, ada perniagaan sendiri, jaga anak, suami depan mata, InsyaAllah dapat redha suami," katanya.
Justeru, menurutnya, pilihan di tangan seseorang wanita untuk membuat pilihan terbaik untuk keluarga, kerjaya dan diri sendiri.
Rahimah Abdullah
Thu Jul 07 2016
Selain menjadi suri rumah, Melor memilih untuk menjalankan perniagaan secara online yang kini menjadi minat utamanya - Foto Astro AWANI
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Berdepan cabaran di pasaran kerja, jurutera elektrik pilih jadi suri rumah
Wanita berkelulusan ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dari UiTM ini mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.