Berdoa dan berharap - itu antara luahan waris kepada Mohd Akashah Azizan yang merupakan seorang daripada mangsa dalam kejadian kapal korek pasir yang terbalik di Perairan 12 Batu Barat, Tanjung Tohor, di sini, pagi Rabu.
Abang sepupu mangsa, Azizul Ab Rahman, 35, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui WhatsApp ahli keluarganya pada 10.30 pagi semalam sebelum bergegas ke lokasi Pos Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat di Parit Jawa, di sini.
"Saya bekerja di Batu Pahat, jadi bila dapat makluman itu saya terus bergegas ke sini sebab saya ahli keluarga yang paling dekat, keluarga mangsa pula ketika kejadian, berada di Changlun, Kedah.
"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ada bagi penerangan pasal situasi terkini jadi sekarang kami cuma boleh berdoa dan berharap untuk yang terbaik dan mudah-mudahan semuanya selamat," katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.
Menurutnya, mangsa yang berusia 25 tahun itu memang meminati bidang perkapalan dan telah bekerja lebih dua tahun dalam bidang itu.
BACA: Anak kapal yang terperangkap mungkin masih hidup - Maritim
BACA: Seorang lemas, 11 kru kapal korek pasir hilang di perairan Muar
Azizul yang sebelum ini pernah bekerja di Bernama TV, juga mempunyai pengalaman bekerja di bahagian perkapalan sebuah syarikat minyak dan gas negara.
"Dia (Mohd Akashah) pernah beritahu hasrat untuk menjadi kru kapal dan kebetulan saya juga pernah mempunyai pengalaman berada di atas kapal, menasihati dia untuk memilih syarikat yang baik dan menjaga kebajikan pekerja.
"Kali terakhir kami berhubung pada 8 Mac (Khamis) lalu menerusi Facebook dan ketika itu dia ada beritahu hasrat untuk berenang tetapi saya larang sebab tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.
Menurut Azizul lagi, anak keempat daripada enam beradik itu juga merupakan seorang yang periang dan sangat mesra dengan ahli keluarga yang lain.
"Kalau nak kata tak risau memang tipu sebab ahli keluarga sendiri, apatah lagi saya anggota keluarga yang paling dekat di sini dan keluarga yang lain semua menunggu maklumat saya.
"Anggota keluarga yang lain sedang dalam perjalanan ke sini, saya cuma boleh beri kata-kata semangat dan tawakal semoga semuanya selamat," kata abang sepupu mangsa itu.
Dalam kejadian berkenaan, Pusat Operasi Pangkalan Maritim Batu Pahat menerima panggilan pada 8.50 pagi mengenai kejadian kapal korek pasir yang terbalik di perairan Parit Jawa, di sini.
Seramai 18 kru kapal dilaporkan terlibat dengan 14 masih hilang, manakala tiga terselamat dan seorang ditemukan lemas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 21 2018
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan susulan kapal korek pasir terbalik di kedudukan 8.5 batu nautika dari perairan Parit Jawa pada Rabu. Astro AWANI
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
APMM Kelantan gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM200,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menumpaskan cubaan menyeludup 790,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM280,000 di Tumpat dan Kota Bharu.
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
Tujuh nelayan ditahan positif dadah
Menghilangkan tekanan ketika berada di laut dan untuk menambah tenaga ketika bekerja antara alasan diberi tujuh nelayan yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi di Jeti LKIM, Besut.
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Peruntukan RM675 juta kepada APMM menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Bernama serah sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar
Sumbangan tersebut disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin di kediaman Allahyarham.
APMM ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
APMM dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, Allahyarham yang berusia 36 tahun merupakan Pegawai Pasukan Sukarelawan agensi itu.
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.