JEMPOL: Berang dengan tindakan juruwang sebuah restoran di sini yang meninggikan suara kepada seorang pelanggan wanita dipercayai menjadi punca pergaduhan di restoran itu pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku selepas wanita terbabit mempertikaikan harga nasi goreng yang dijual.
"Juruwang restoran itu telah meninggikan suara kepada wanita terbabit yang mempertikaikan harga nasi goreng kosong dan telur berharga RM6.
"Situasi itu menyebabkan anak wanita itu berasa berang dan mengambil kotak tisu serta membaling ke arah juruwang sehingga terkena barang-barang di atas kaunter," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, salah seorang pekerja yang melihat perbuatan lelaki berkenaan terus menumbuknya sebelum dileraikan oleh pekerja dan pelanggan di situ.
Ujarnya, mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Chang Hook turut menafikan polis campur tangan dalam menyelesaikan kes itu 'secara tepi', sebaliknya pihaknya mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Restoran itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) tetapi ia tidak berfungsi," katanya.
Sehubungan itu katanya, masyarakat dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi di laman Twitter yang disebarkan yang boleh menganggu siasatan dan ketenteraman awam.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri May 06 2022
Berang dengan tindakan juruwang sebuah restoran di sini yang meninggikan suara kepada seorang pelanggan wanita dipercayai menjadi punca pergaduhan di restoran itu pada Khamis. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bergaduh gara-gara pertikai harga nasi goreng
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku selepas wanita terbabit mempertikaikan harga nasi goreng yang dijual.