KUALA LUMPUR: Seramai 10 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya merakam keterangan kesemua individu itu baru-baru ini.
"Kita akan memanggil beberapa individu lagi yang telah dikenal pasti dalam masa terdekat," katanya pada Himpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Khamis.
Pada Sabtu lalu, media melaporkan polis mengenal pasti individu terlibat dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Dang Wangi telah membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
Polis mengesan demonstrasi aman dan serahan memorandum membantah pembakaran al-Quran serta demonstrasi solidariti bantahan penghinaan agama Islam yang tidak mematuhi undang-undang diadakan di lokasi berkenaan.
Pemerhatian polis mendapati kira-kira 80 individu menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda dan seramai 400 orang menyertai perhimpunan diadakan di hadapan Kedutaan Sweden. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 02 2023

Sabtu lalu, polis dilaporkan mengenal pasti individu terlibat dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan di IPD Dang Wangi.

Bangladesh larang penjawat awam buat perjalanan guna kemudahan kelas pertama
Sheikh Hasina pada Khamis menandatangani arahan melarang penjawat awam membuat perjalanan menggunakan kemudahan kelas pertama.

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Polis Jerman tahan lelaki cuba bakar masjid
Seorang lelaki cuba membakar sebuah masjid di bandar Dresden di tenggara Jerman pada lewat petang Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.

Wisma Putra kutuk tindakan keji kumpulan anti-Islam bakar al-Quran di Denmark
Kenyataan tegas itu dikeluarkan Wisma Putra melalui ciapan menerusi Twitternya pada Sabtu.

Tindakan bakar al-Quran keji, langgar kebebasan bersuara
Tindakan membakar al-Quran menyemarakkan kebencian dan perpecahan serta tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

Berhimpun tanpa permit: 10 individu dirakam keterangan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya merakam keterangan kesemua individu itu baru-baru ini.

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

OIC tuntut 'tindak balas tegas' terhadap kejadian bakar al-Quran
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menuntut "tindak balas yang tegas" terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.

Majlis Eropah kritik Denmark kerana beri ruang Paludan lakukan provokasi bakar al-Quran
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

Turkiye tegaskan negara Barat perlu hentikan penghinaan terhadap kitab suci
Speaker Parlimen Turkiye Mustafa Sentop ulas kejadian membakar al-Quran di Sweden, Denmark dan Belanda minggu lepas.

Polis akan panggil individu terlibat himpunan bantah bakar Al-Quran
Individu terlibat dalam perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara pada Jumaat akan dipanggil dalam masa terdekat.