awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Beri gaji setimpal, barulah belia tempatan boleh rebut peluang' - Perdasama

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2016
10:35 MYT
'Beri gaji setimpal, barulah belia tempatan boleh rebut peluang' - Perdasama
MOEHAMAD IZAT: Kerajaan juga diharapkan dapat menganjurkan program secara besar-besaran dengan kerjasama pihak majikan bagi menarik khususnya belia negara.
Persatuan Perdagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) meminta kerajaan untuk membuat penyusunan semula yang terbaik terutamanya dalam hal kemasukan pekerja asing ke negara ini.
Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, ini penting bagi membolehkan belia tempatan mendapat pengalaman dan kemahiran sewajarnya seiring dengan keperluan industri.
"Kerajaan juga diharapkan dapat menganjurkan program secara besar-besaran dengan kerjasama pihak majikan bagi menarik khususnya belia negara untuk merebut peluang pekerjaan dalam bidang diperlukan oleh industri," katanya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya, majikan juga perlu membuat penstrukturan semula gaji agar ia lebih setimpal dengan keperluan pekerja tempatan.
"Hanya satu sahaja sebab mengapa orang tempatan khususnya golongan muda tidak mahu bekerja dalam sektor seperti industri pembinaan dan perladangan - iaitu gaji yang ditawarkan terlalu rendah untuk mereka menyara kos hidup.
"Negara sebenarnya memerlukan peningkatan dalam kualiti syarikat perniagaan yang beroperasi di Malaysia yang bersedia menawarkan gaji yang lebih setimpal, jika tidak kita akan terus dilanda fenomena kebanjiran pekerja asing," katanya.
Moehamad Izat turut menegaskan bahawa pergantungan kepada pekerja asing bakal memberikan kesan yang tidak sihat dalam jangka masa panjang.
Topic Berkaitan
#belia tempatan
#gaji setimpal
#pekerja asing
#Perdasama
#sektor 3D
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan