awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendaki AS Alex Honnold panjat Taipei 101 tanpa tali, peralatan keselamatan
'Hilang ibu angkat, 70 ekor kucing, lima anjing sekelip mata'
'Jumpa dua minggu lalu beri duit belanja, hari ini terima berita ibu rentung'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri jawatan TPM kepada UMNO elak pertembungan pada PRU15 - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2021
11:48 MYT
Beri jawatan TPM kepada UMNO elak pertembungan pada PRU15 - Penganalisis
Naib Presiden UMNO dilaporkan berkata sebelum ini, isu jawatan TPM tidak pernah didiamkan kerana parti berkenaan merupakan pemilik kerusi terbesar dalam kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada UMNO dianggap cara terbaik untuk mengelakkan pertembungan antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya umum kelak.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib, berkata saranan memberikan jawatan itu kepada UMNO adalah wajar terutamanya dalam meraikan hubungan strategiknya dengan Bersatu.
“Tak salah untuk lantik mana-mana pemimpin UMNO yang terkemuka, yang sedang berada dalam Kabinet hari ini. Mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk dilantik menjadi TPM.
“Pelantikan ini tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerana keutuhan jawatan Perdana Menteri masih jelas dan beliau boleh koordinasi Kabinet dengan baik,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Menurutnya, kestabilan politik adalah elemen penting dalam pentadbiran negara dan seharusnya ia menjadi tumpuan utama kerajaan.
“Tindakan itu (beri jawatan TPM) juga menjuarai hasrat penyatuan parti-parti yang berada dalam rumpun UMNO... Bersatu dan Pas juga mempunyai ideologi hampir sama iaitu nasionalis Islamik pragmatik.
"Bila UMNO dan Bersatu berasal daripada satu rumpun, sepatutnya mereka lebih mudah berbincang dan bekerjasama menjayakan penyatuan parti Melayu Islam bersama Pas,” ujarnya.
BACA: UMNO akan bangkitkan isu jawatan TPM selepas bahas Belanjawan 2021 selesai - Ismail Sabri
Astro AWANI pada 29 November lepas melaporkan UMNO akan membangkitkan semula kedudukan jawatan TPM kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik sahaja perbahasan pembentangan Belanjawan 2021 selesai di Dewan Rakyat.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu jawatan TPM tidak pernah didiamkan kerana parti berkenaan merupakan pemilik kerusi terbesar dalam kerajaan ketika ini.
Lebih-lebih lagi, tegas Ahli Parlimen Bera itu, apabila tiada pemimpin UMNO diberikan jawatan tertinggi dalam Kabinet selain Menteri Kanan Pertahanan yang disandang beliau ketika ini.
Topic Berkaitan
#TPM
#Timbalan Perdana Menteri
#UMNO
#Bersatu
#PN
#Perikatan Nasional
#tawaran
#Muhyiddin Yassin
#ismail sabri yaakob
#PPBM
#PAS
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan