awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri kerjasama kepada pengerusi PAC baharu - Nur Jazlan

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
19/10/2015
12:25 MYT
Beri kerjasama kepada pengerusi PAC baharu - Nur Jazlan
NUR JAZLAN: Saya doakan Datuk Hassan dapat kerjasama daripada anggota PAC dari kedua-dua pihak. -Gambar fail
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed yakin Datuk Hassan Ariffin yang dilantik sebagai Pengerusi PAC yang baru akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
Beliau yang juga Timbalan Menteri dalam Negeri, berharap Hassan akan mendapat kerjasama daripada kedua-dua parti yang menganggotai PAC bagi meneruskan kerja-kerja yang tergendala sebelum ini.
"Saya doakan Datuk Hassan dapat kerjasama daripada anggota PAC dari kedua-dua pihak.
"Juga kepada anggota PAC, mereka perlu kerjasama bersama beliau sebagai pengerusi PAC yang baharu sepertimana ketika saya menjadi pengerusi PAC dulu," kata Nur Jazlan kepada media selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari Korporat oleh Majlis Perniagaan Malaysia-Bosnia and Herzegovina (MBBC) di Kuala Lumpur pada Isnin.
PAC merupakan sebuah Jawatankuasa di mana rakyat boleh menaruh penuh kepercayaan terhadap laporan yang dikeluarkannya.
Jelas Nur Jazlan, laporan PAC juga perlu dibuat secara konsensus tanpa perbalahan dan perbezaan kerana hasil laporan jawatankuasa itu adalah dari pengesyoran yang dipersetujui dari kedua-dua belah pihak.
Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin dipilih sebagai pengerusi PAC secara rasmi pada sesi Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Parlimen ke-13, pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Datuk Hassan Ariffin
#Jawatankuasa Kira-kira
#Nur Jazlan Mohamed
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan