RAKYAT seharusnya memberikan masa kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kembali meletakkan negara ke landasan yang betul, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam masa sama, Perdana Menteri menyeru kepada rakyat dari segenap lapisan untuk bersama-sama menjayakan dasar kemakmuran bersama.
Menurut beliau, adalah satu keajaiban seandainya kerajaan PH dapat melaksanakan semua rancangan dan janji dalam tempoh satu malam.
Dr Mahathir berkata, PH mengambil alih tampuk pemerintahan bukan dari sebuah kerajaan yang biasa.
“PH bukan mengambil alih dari kerajaan biasa, ia mengambil alih dari kerajaan kleptokrasi yang memperkosa negara sejak bertahun-tahun, merosakkan kewangannya, menjejaskan agensi pentadbirannya, melanggar undang-undangnya, membuat pinjaman melampaui tempoh, meletakkan negara ke arah bankrupsi, membuatkan rakyat bergantung pada kerajaan melalui rasuah selain merendahkah moral rakyat,” kata Dr Mahathir dalam hantaran di blog peribadinya pada Jumaat.
Untuk rekod, Barisan Nasional yang memerintah negara selama 60 tahun ditumbangkan kerajaan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei 2018.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pihak yang mendakwa pentadbiran PH sebagai kerajaan tanpa hala tuju merupakan golongan yang enggan mengakui realiti.
"Kita (PH) tahu hala tuju kita. Orang luar mungkin tidak, tetapi kita tahu.
"Tuduhan bahawa kerajaan PH terumbang-ambing dibuat oleh mereka yang enggan mengakui realiti.
"Adakah kita sama seperti Malaysia di bawah kerajaan terdahulu? Atau adakah mereka mengatakan bahawa mereka lebih suka kerajaan kleptokrasi?" kata Dr Mahathir mempersoalkan pihak-pihak yang mengkritik kerajaan yang ditadbirnya.
Dalam catatan itu juga, Dr Mahathir menarik perhatian bagaimana pentadbirannya hanya membelanjakan apa yang mereka miliki, walaupun mereka mempunyai sedikit wang.
Kerajaan, kata beliau, berusaha mewujudkan lebih banyak pekerjaan supaya rakyat mempunyai lebih banyak wang.
"Kita melakukan semua ini. Tetapi kita tidak berjaya menarik perhatian mereka.
"Berikan kerajaan sedikit masa dan sertai dalam dasar kemakmuran bersama, dan dalam masa dua tahun kamu akan menyedari bahawa cara kerajaan adalah betul," katanya.
Astro Awani
Fri Jan 10 2020
Dr Mahathir seru rakyat untuk bersama-sama menjayakan dasar kemakmuran bersama. - Gambar fail
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Beri masa pada kerajaan untuk bawa negara ke landasan yang betul - Tun M
Rakyat seharusnya memberikan masa kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk kembali meletakkan negara ke landasan yang betul, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.