SUNGAI BULOH: Organisasi di negara ini disaran memberi peluang kedua kepada bekas banduan untuk kembali bekerja dan menjalani kehidupan yang bebas daripada unsur menyalahi undang-undang, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan.
Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata ada sesetengah bekas banduan kembali ke penjara kerana tidak diberikan peluang kedua oleh masyarakat dan ini tidak sewajarnya berlaku.
"Data menunjukkan kira-kira 17.6 peratus banduan bebas kembali masuk penjara kerana tiadanya peluang pekerjaan atau pendapatan berikutan masyarakat serta usahawan (majikan) bersikap bias kerana status seseorang itu sebagai banduan.
"Mereka ini dianggap individu yang membuat kesalahan atau penjenayah tanpa memberi ruang untuk mereka berubah. Oleh itu, kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti Malaysia Needy Association, banduan ini mempunyai kemahiran yang memberi jaminan pekerjaan sekali gus mengekang mereka kembali kepada kehidupan lama," katanya kepada media.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sijil Kursus Gunting Rambut Penjara Sungai Buloh di Dataran Harapan, Penjara Sungai Buloh, di sini, semalam.
Dalam majlis sama, Ramanan berkata seramai 18 penghuni Penjara Sungai Buloh kini memperoleh sijil hasil penyertaan mereka dalam bengkel gunting rambut yang dimulakan sejak pertengahan tahun lepas.
"Seramai 10 peserta perintis memulakan 46 sesi latihan bermula Jun tahun lalu dan lapan lagi peserta mengikuti bengkel sama mulai April lalu yang meliputi teori pengenalan peralatan gunting rambut dan diikuti praktikal menggunting rambut pelanggan," katanya.
Bengkel berkenaan dikendalikan Jabatan Penjara dengan kerjasama Malaysian Needy Association serta di bawah tajaan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) - Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Jsuteru, beliau berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain diharap dapat tampil melaksanakan program yang membantu meningkatkan kemahiran insaniah banduan sebagai persediaan mereka kembali kepada masyarakat.
"Ia kerana bengkel seperti kursus gunting rambut ini bukan saja memberi kemahiran teknikal kepada peserta, tetapi juga menfokuskan aspek pemulihan dalam penjara, memupuk nilai tanggungjawab dan disiplin.
"Jadi, pendekatan holistik ini tidak hanya menghasilkan latihan vokasional, tetapi menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan banduan dengan kemahiran dipelajari membentuk nilai positif, meningkatkan kebolehpasaran, mendorong perubahan tingkah laku positif dan mengurangkan residivisme dalam komuniti," katanya.
Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Vokasional dan Industri) Jabatan Penjara Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Selangor dan Kuala Lumpur TKP Aminon Adnan, Pengarah Penjara Sungai Buloh TKP Nik Robidin Ab Rahman dan Pengerusi Malaysian Needy Association K Prakash.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Ramanan berharap lebih banyak NGO tampil melaksanakan program yang membantu meningkatkan kemahiran insaniah banduan sebagai persediaan mereka kembali kepada masyarakat. - Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Kes bekas banduan miliki bahan berkaitan Daish dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Kota Bharumembenarkan permohonan memindahkan kes bekas banduan didakwa memiliki bahan berkaitan kumpulan Daish dipindah ke Kuala Lumpur.
Beri peluang bekas banduan bekerja, cegah kembali ke penjara - Ramanan
Katanya, ada bekas banduan kembali ke penjara kerana tidak diberikan peluang kedua oleh masyarakat dan ini tidak sewajarnya berlaku.
Amang seksual: “Saya hanya lakukan demonstrasi” - Tertuduh
Seorang bekas banduan didakwa melakukan amang seksual dengan menunjukkan video lucah kepada adik perempuannya.
Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.
Bekas banduan mengaku tidak bersalah rompak, cuba rogol warga emas
Seorang bekas banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Rabu atas pertuduhan mencederakan, merompak dan cuba merogol seorang wanita warga emas, minggu lepas.
Bekas banduan amuk tak boleh pinjam motosikal anak ditahan miliki pistol
Suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah pada jam 2.55 petang.
Beri peluang kedua, kesilapan lalu bukan tiket terus menghukum
Sikap masyarakat yang berterusan menghukum menyebabkan ada dalam kalangan mereka sukar berubah.
Bekas banduan bunuh ibu bapa sebelum tembak pemandu di lebuh raya sesak
Suspek, Joseph Eaton, 34, seorang bekas banduan baru sahaja dibebaskan pada 14 April lalu dari Pusat Koreksional Maine di Windham.
15,000 banduan, bekas banduan disasar dapat pekerjaan tahun ini
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan seramai 15,000 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney akan mendapat pekerjaan tahun ini.