awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri peluang pelajar, guru biasakan PdPR

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/01/2021
23:00 MYT
Beri peluang pelajar, guru biasakan PdPR
FAZILAH: Apabila mereka sudah biasa, perkara ini bukanlah jadi masalah lagi kepada mereka. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian bakal menjejaskan silibus dan penjadualan sistem pendidikan negara dalam tempoh tertentu.
Namun, perkara itu bukan memberi kesan jangka masa panjang, sebaliknya bersifat sementara waktu sahaja.
Sehubungan itu, Pensyarah Kanan Kurikulum dan Pengajaran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Fazilah Razali meminta agar semua pihak untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar serta guru membiasakan pendekatan tersebut.
"Kaedah PdPR ini tidak dinafikan akan meninggalkan kesan kepada pelajar termasuk berdepan dengan gangguan silibus dan penjadualan yang ketara buat masa terdekat.
"Namun, saya percaya ini merupakan permulaan untuk tujuan penyesuaian dan apabila mereka sudah biasa, perkara ini bukanlah jadi masalah lagi kepada mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Fazilah berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kepada kumpulan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Ini kerana, saya melihat golongan tersebut masih memerlukan cara konvensional dimana lebih terarah kepada keadah pembelajaran melibatkan sentuhan fizikal.
"Walau bagaimanapun, saya nampak inisiatif guru bukan sahaja guru pendidikan khas, malah guru Pra Sekolah juga mula melaksanakan PdP dengan mengetengahkan gambar mereka dalam menyediakan video untuk setiap subjek tertentu.
"Dengan cara itu, ia lebih menarik perhatian kumpulan ini dan boleh dilaksanakan secara dalam talian sama ada secara langsung ataupun tidak," katanya.
Topic Berkaitan
#SOP
#guru
#sekolah
#video
#pengajaran dan pembelajaran
#pendidikan
#kerajaan
#operasi
#Malaysia
#PdPR
#pdp
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan