awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
04:00 MYT
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan. - Gambar hiasan
GOMBAK: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencabul seorang remaja lelaki di sebuah rumah di Batu Caves di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 13 tahun menceritakan kejadian tersebut kepada keluarganya, sebelum membuat laporan polis pada jam 12.01 tengah malam, Sabtu.
"Ketika kejadian pada jam 10 pagi, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dengan berjalan kaki seorang diri selepas membeli nasi lemak.
“Suspek telah menyapa mangsa dan mengajaknya menaiki motosikal, kemudian dibawa ke rumah sewanya lebih kurang 700 meter dari rumah mangsa dan mangsa telah dicabul,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Noor Ariffin berkata, mangsa kemudian telah melarikan diri selepas suspek memberikan wang tunai RM20.
"Bertindak atas maklumat, suspek telah ditangkap pada jam 1.50 pagi, kelmarin (Ahad).
"Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampul membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Faris Nur Shuhaini di talian 017-3166051 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul
#remaja lelaki
#Batu Caves
#Noor Ariffin Mohamad Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan