MALAYSIA

Beri ruang Tun M pimpin kerajaan selama tempoh dipersetujui - Anwar

Astro Awani 02/01/2019 | 23:02 MYT
Anwar dinamakan sebagai pengganti Dr Mahathir sebagai perdana menteri ke-8. - Gambar fail
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang dipersetujui.
Menerusi mesej di akaun Twitter, Presiden PKR itu berkata, perdana menteri mendapat sokongan padu Pakatan Harapan (PH).
"Berjumpa dengan PM @chedetofficial (Mahathir) selama sejam. Tun M mesti diberi ruang untuk memimpin kerajaan selama tempoh yang telah kami persetujui.
"Beliau mendapat sokongan padu PH," katanya yang turut memuat naik gambar bersama Dr Mahathir, pada Rabu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahad lepas, Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau perlu akur kepada janjinya untuk hanya berkhidmat sebagai perdana menteri sementara meskipun terdapat gesaan supaya beliau terus menyandang jawatan itu sehingga pilihan raya umum akan datang.
BACA: Tempoh Tun Mahathir sandang jawatan PM tidak pernah dibincangkan - Saifuddin
BACA: Peralihan kuasa Tun M kepada Anwar perlu berjalan lancar - Penganalisis
BACA: Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun Mahathir
Anwar turut mendedahkan bahawa beliau dan Dr Mahathir mempersetujui strategi yang sama berhubung isu Singapura selain memberi tumpuan terhadap ekonomi, lebih-lebih lagi berkaitan kemiskinan dan ketidaksamaan.
BACA: TPM Singapura berada di Putrajaya sampaikan perutusan PM Lee kepada Tun M
Anwar yang dinamakan sebagai pengganti Dr Mahathir berkata, beliau turut berkongsi dengan Dr Mahathir tentang pertemuannya baru-baru ini dengan Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
Beliau juga meminta nasihat perdana menteri berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri India Narendra Modi minggu depan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Anwar Ibrahim #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #peralihan kuasa #Perdana Menteri #Singapura #Twitter