KOTA KINABALU:Kerajaan Sabah dan agensi berkaitan mengalami kerugian lebih RM450 juta akibat kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2010 hingga kini, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu pada Rabu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Lamag) berkata daripada jumlah itu RM342 juta adalah kerugian akibat penyambungan bekalan air secara haram manakala selebihnya melibatkan kecurian bekalan elektrik.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata kecurian bekalan elektrik pula melibatkan penyambungan haram terutama kawasan setinggan dengan kerugian RM90 juta manakala 3,408 kes usikan meter elektrik dikesan melibatkan kerugian RM24.7 juta.
"Bayangkan duit ini jika dikumpul apa boleh kita lakukan untuk rakyat... rakyat Sabah berhak dapatkan bekalan air yang bersih dan elektrik secara konsisten, beri saya lima tahun di kementerian (Kerja Raya) saya akan selesaikan masalah ini.
"Ini (penyambungan haram) tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengganggu bekalan air dan elektrik untuk rakyat secara keseluruhan," katanya menjawab soalan lisan Dr Aliakbar Gulasan (ADUN dilantik) yang bertanya mengenai jumlah kerugian akibat kecurian bekalan itu dan langkah diambil bagi mengatasinya.
Bung Moktar berkata bagi mengatasi masalah kecurian air, Jabatan Air Negeri Sabah menguatkuasakan tindakan mengikut peruntukan Enakmen Bekalan Air 2003 antaranya pemotongan sambungan haram secara bersepadu, mengenakan kompaun dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata bagi mengatasi masalah kecurian bekalan elektrik, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjalankan pendekatan pemotongan sambungan haram, kempen kesedaran awam dan membekal elektrik dengan kaedah bekalan pukal melalui pengedar kuasa bebas (IPD) seperti di Sandakan dan Labuan.
"Bagi membendung kes ubah suai meter, SESB juga telah mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mengekang aktiviti dalang yang menawarkan perkhidmatan pengusikan meter dan mengadakan kerjasama dengan media tempatan untuk program kesedaran," katanya.
"Pemeriksaan meter secara rutin bagi pengguna tenaga biasa serta pengguna tenaga dalam jumlah yang besar juga dilaksanakan selain menjalankan operasi serbuan bersama Suruhanjaya Tenaga dan Penyelesaian Laporan Ketidakaturan dan Laporan Luar Biasa yang dilaporkan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
Sabah dan agensi berkaitan mengalami kerugian lebih RM450 juta akibat kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2010 hingga kini - Foto Bernama.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
'Beri saya lima tahun untuk selesaikan masalah kecurian air, elektrik' - Bung Moktar
Kerajaan Negeri Sabah dan agensi berkaitan mengalami kerugian lebih RM450 juta akibat kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2010 hingga kini