Berikut tanda-tanda tanah runtuh akan berlaku di cerun berhampiran anda

Kejadian tanah runtuh di Tun Sardon, Pulau Pinang. - Gambar fail/Bomba Sukarela Kuala Sungai Balik Pulau
KUALA LUMPUR: Tanah runtuh bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi juga mengancam nyawa.
Ringkasan AI
- Tanah runtuh bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi mengancam nyawa, masyarakat perlu peka terhadap tanda awal ketidakstabilan cerun.Lima petunjuk utama termasuk cerun membonjol, rekahan besar dengan air, hakisan aktif, pokok condong, dan lokasi cerun curam.Orang ramai digalakkan melawat laman MyGEMS untuk maklumat lanjut mengenai risiko bencana geologi di kawasan masing-masing.
Berikut adalah 5 petunjuk penting yang tidak boleh diabaikan:
1. Cerun mula membonjol
Jika anda perasan cerun yang biasanya rata kini mempunyai bonjolan ketara, itu mungkin tanda tanah sedang bergerak dan berisiko runtuh.
2. Rekahan besar dengan air mengalir
Perhatikan jika terdapat rekahan besar pada cerun, terutama apabila air keluar lebih banyak daripada biasa. Ini menunjukkan tanah mula longgar dan tidak stabil.
3. Hakisan tanah yang giat
Apabila cerun menunjukkan hakisan aktif, ia menandakan lapisan tanah semakin terhakis dan tidak mampu menahan beban.
4. Pokok mula condong
Pokok yang dulunya tegak kini condong ke satu arah? Itu petunjuk jelas cerun sedang bergerak dan boleh runtuh bila-bila masa.
5. Kawasan cerun yang curam atau tanah tinggi
Jika anda tinggal berhampiran cerun curam atau kawasan tanah tinggi, tingkatkan kewaspadaan kerana risiko tanah runtuh lebih tinggi di lokasi sebegini.
Orang ramai boleh lawati laman sesawang MyGEMS (mygems.jmg.gov.my) untuk meneliti pelbagai info berkaitan bencana geologi di kawasan berhampiran.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini

Agenda AWANI: Monsun Timur Laut | Risiko Bencana Geologi

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


