Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad

Astro Awani
Mac 7, 2021 16:15 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Mac 2021.
1) Perdana Menteri tiba di Madinah untuk ziarah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, selamat tiba di Madinah pada pukul 5.50 petang waktu tempatan untuk melakukan ziarah.
2) COVID-19: Perintah sekatan di Auckland kembali dilonggarkan ke tahap dua
Bandar terbesar di New Zealand itu kini berada dalam amaran tahap dua, yang mana penduduknya boleh makan di restoran dan kafe dengan syarat penjarakan fizikal satu meter.
3) COVID-19: Kelonggaran sekatan di UK mula dengan pembukaan sekolah pada Isnin
Perdana Menteri, Boris Johnson bagaimanapun memaklumkan, orang ramai digesa untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan berjaga-jaga agar sekatan sedemikian tidak lagi perlu dilaksanakan selepas ini.
4) Kyal Sin diangkat sebagai 'Puteri Demokrasi Myanmar'
Tinjauan di Facebook Kyal Sin yang membawa maksud bidadari atau nama Cinanya, Deng Jia Xi mendapati, kenalan mangsa memuat naik ucapan takziah selain menyifatkan mendiang mempunyai peribadi yang sangat baik, berani serta murah dengan senyuman.
5) Demi makhluk unik... Australia bina santuari platypus pertama di dunia
Ahli konservasi Australia mengumumkan perancangan untuk membina santuari atau tempat perlindungan pertama di dunia untuk platypus.
6) Gempa bumi 5.8 magnitud landa wilayah Maluku
Menurut laporan agensi meteorologi dan geofizik, gempa itu melanda pada jam 1.22 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di Laut Banda, 204 kilometer di barat laut daerah Maluku Tenggara.
7) Tembak mati dua isteri dan diri sendiri, 'drama' 40 jam berakhir
Seorang lelaki menembak mati dua isterinya sebelum menembak dirinya sendiri dalam satu kejadian mendebarkan di sebuah kondominium di pusat bandar Muang, Thailand.
8) Saintis Sweden berjaya menukar baju lama menjadi gula
Ini merupakan cetusan idea daripada para saintis di Sweden. Mereka telah membangunkan kaedah mesra alam bagi menukarkan serat kapas pakaian kepada glukosa, dan seterusnya menjadi material fabrik lain.
9) Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Sebuah pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas setelah seorang penumpangnya mengganggu kru dan penumpang lain.
10) Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Presiden Joe Biden dalam reaksi pertamanya selepas pakej bantuan COVID-19 diluluskan mengucapkan terima kasih kepada anggota Senat.
#Myanmar #New Zealand #Sweden #Australia #Boris Johnson #Joe Biden #gempa bumi #Perdana Menteri #Thailand #Madinah #SOP #menteri #COVID-19 #mangsa