Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa

Astro Awani
Mac 2, 2021 15:37 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Mac 2021.
1) COVID-19: 2 rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu di Singapura
Dua lelaki rakyat Malaysia antara 12 kes import baharu COVID-19 di Singapura pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
2) China sasar 40 peratus populasi divaksin menjelang Jun
Menurut Ketua Kumpulan Pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, sehingga kini 52 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan.
3) Sukar untuk 'tewaskan' COVID-19 tahun ini - WHO
Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr Michael Ryan berkata, pemberian suntikan vaksin kepada golongan rentan termasuk kakitangan kesihatan adalah untuk membantu menghilangkan rasa takut dan mengurangkan tekanan di hospital.
4) Pelajar mulakan semester baharu, kesihatan diutamakan
Semester baharu persekolahan pasca- pandemik yang bermula di Bejing pada Isnin turut menyaksikan norma baharu di mana kesihatan dan langkah mencegah penularan wabak COVID-19 jadi keutamaan.
5) Berdepan kesan psikologi, Jepun minta China henti ujian calitan dubur terhadap rakyatnya
Jurucakap kerajaan, Ketua Setiausaha Kabinet Katsunobu Kato mendakwa kaedah yang digunakan China ke atas individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 telah menyebabkan rakyatnya mengalami “penderitaan psikologi”.
6) AS komited lawan perilaku tidak adil China
Wakil dagangan Amerika Syarikat (AS) yang dipilih Joe Biden, Katherine Tai komited melawan perilaku dagangan dan ekonomi China yang tidak adil.
7) Gunung Sinabung kembali meletus, abu menjulang lebih 4,500 meter
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 4,500 meter.
8) AS$44 bilion didakwa lesap, Fernandez mahu saman kerajaan Macri
Fernandez mengumumkan telah mengarahkan peguam negara memulakan siasatan untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan terbesar dalam sejarah itu.
9) China masih belum luluskan penerbangan Boeing 737 MAX 8
Menurut pentadbiran penerbangan China, ia masih meneliti keselamatan pesawat berkenaan bersama pentadbiran penerbangan Amerika (FAA) dan krew teknikal Boeing.
10) Undang-undang perlindungan Sungai Yangtze mula berkuat kuasa
China pada Isnin mula menguatkuasakan undang-undang baharu bagi melindungi Sungai Yangtze yang merupakan sungai terpanjang di Asia.
#Kementerian Kesihatan #Amerika Syarikat #AS #Boeing #Indonesia #WHO #Peguam Negara #undang-undang #Michael Ryan #Joe Biden #pandemik #ekonomi #COVID-19 #keselamatan #rakyat Malaysia #penerbangan