awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS komited lawan perilaku tidak adil China

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2021
01:04 MYT
AS komited lawan perilaku tidak adil China
Tai menyatakan akan menggunakan proses rundingan yang digunakan Trump sebelum ini dalam perjanjian dagangan fasa pertama China-Amerika untuk melindungi harta intelek Amerika. -REUTERS
Wakil dagangan Amerika Syarikat (AS) yang dipilih Joe Biden, Katherine Tai komited melawan perilaku dagangan dan ekonomi China yang tidak adil.
Dalam jawapan bertulis kepada Senat, Tai menegaskan akan melihat penapisan yang dikenakan China sebagai satu halangan dagangan.
Pelantikan Tai dijangka disahkan Senat pada Rabu.
Tai menyatakan akan menggunakan proses rundingan yang digunakan Trump sebelum ini dalam perjanjian dagangan fasa pertama China-AS untuk melindungi harta intelek AS.
Menurut laporan Reuters, Tai menjelaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika rundingan gagal membuahkan hasil.
Antara isu yang akan diteliti termasuk akses pasaran yang terhad kepada syarikat AS di China termasuk dalam bidang pengkomputeran awan.
Mengulas mengenai tarif ke atas produk China, Tai menegaskan dia akan memastikan tarif tersebut selari dengan tingkah laku dagangan China dan akan menilai kesannya kepada perniagaan, pekerja dan pengguna AS.
Sebelum ini Presiden Trump melancarkan perang tarif dengan China untuk menghentikan apa yang didakwa perilaku dagangan yang tidak adil.
China menolak dakwaan dan tekanan yang dikenakan AS ke atas dagangan negara itu dan menyifatkannya sebagai tidak adil.
Topic Berkaitan
#AS
#China
#ekonomi
#presiden
#Joe Biden
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan